The False Alarm

Alhamdulillah dah selamat bersalin 2-nov 2013.. A day before our first wedding anniversary.. Baby cant wait to see the world.. :)

Before buat entry pengalaman bersalin, nk buat entry utk edisi false alarm dlu.. Funny story gak kot..

Start on 31 oct (wednesday), adac checkup 38 weeks at UMSC. So Dr Siti tanya ada rasa sakit2 tak. Masa tu mmg sihat sgt.. X rasa mcm nk bersalin anytime sooner pun.. So Dr Siti check perut and dia ckp baby dh betul2 bawah dah. So she decided to do VE. My first VE. Nervous sbb ramai ckp sakit.. Tp seems bila Dr Siti buatVE im ok je.. Just senak sikit la.. So result? Laluan langsung tak buka lagi.. Haha sabar jela.. I was hoping dah ada bukaan sebab nak bersalin awal.. Reason nak bersalin awal ialah hoping my pantang end before my thesis submission date. So balikla dari klinik dengan sedikit keciwa.. But keep praying dipermudahkan urusan bersalin, belajar, dll...

Malam 31 oct perut start rasa mild contraction.. Masa tu pkl 8pm something.. Bole tahan lagi sakit so cool jela.. Excited pun iye bila fikir maybe ni petanda hampir bersalin.. Tup2 rasa macam ada something dalam panties.. Check confirm keluar darah coklat sikit.. Call hubby suruh balik rumah cepat sebab takut duduk sorang2.  Hubby balik ajak pergi hospital. Ni kan first experience kitorg jadi tak tahu betul tak ni tanda bersalin.. Call mak, and mak suruh monitor dulu sakit tu. If bangun pagi still sakit baru pergi hospital..

Malam rabu tu tido tak lena. Tersedar sebab sakit.. Tapi sakit yang still boleh tahan. At last pukul 4am macam tu langsung tak boleh tido. Pukul 6 mandi2 and ready untuk ke hospital. Sampai UMSC, terus midwife suruh check in. Masukkan ubat membuang , laju je terus ke toilet.. So tunggu Dr Siti datang. Sakit stii bearable. Pukul 12pm macam tu Dr dtg and buat VE 1.5cm.. Doc suh monitor je. So bermalamla me n hubby di hospital.. Hubby EL temankn me that day.. Sakit dtg mcm main2 plak.. More cecair likat mcm gam keluar tapi bila check bukaan 1.5 gak lagi.. Aishhh Dr suruh me pergi jalan2 sekitar wad untuk cepatkan bukaan..

The next day, friday beritahu hubby utk pergi kerja je.. Dia dah temankan me semalaman tapi bukaan still sama. Kalau nak beranak pun sempat lagi suruh hubby datang hospital dari office.. Jumaat pun rasa sakit masih bearable and bukaan still sama. Consult ngan Dr and cakap nak checkout dulu. Bosan juga duduk hospital if bukan masanya lagi... Petang jumaat after office hour checkout semula.. Perut still sakit tapi bukan intense.. Contraction pun paling kuat 40% je and every 30 minute. Niat keluar hospital nak berjalan banyak2 supaya bukaan cepat buka..

Maghrib jumaat sampai rumah serentak dengan mak ayah sampai dari kuantan.. Lawak sebab me dah keluar hospital ni. Hehe.. Tapi malam jumaat tu memang makin sakit.. Tapi sabarkan diri.. Tido awal dengan harapan sakit hilang.. Tapi memang sakit tu consistent je every 15 minute.. Malu plak ni dah keluar hospital tapi macam kena masuk balik.. Hehe.. So this time make sure betul2 sakit baru pergi hospital.. 

Sambungan on next entry.. Penat menaip.. 

Pregnancy week 37

Wohooo.. Syukur alhamdulilah. Its a milestone. Good milestone actually. Starting this week, it is save to deliver my little angle.. Ya Allah permudahkan la urusankan.. Ok, my real EDD is on 11.11.2013 tapi rasa mcm harap sangat baby keluar awal... 


Why I really want my baby to come out earlier:-

1. I need to submit my thesis on middle of December. So am hoping that my "pantang" session has end by that time. So please baby, come out on October please please please...
2. Work constraint. Will be much easier if I can start working on February so my replacement can take her CNY leave. Kesian juga la kan if x dpt cuti raya langsung.. My other replacement (Malay) will start her maternity leave on December. Yes, our team is very productive. huhu..


So, 2 sebab yg kukuh #yekukuhsangat.. Plus, im feeling a bit tired to carry my own body now. And Im scared that baby is too big and I cant push.. Doa banyak2 ya Allah permudahkan lah.. Semoga aku selamat melahirkan babyku and dijauhi baby ku dari sebarang kesakitan.. Amin2.



Perut gatal semasa mengandung

Pernah tak alami perut gatal semasa mengandung? Terutama bila trimester akhir ni... Kadang-kadang sampai tak tahan sangat perasaan merenyam ni.. Huhu..

So memang masa siang akan cuba tahan gatal tu and paling tidak pun akan gosok-gosok je perut untuk hilangkan rasa gatal tu.. Tapi not working pun. Lebih kena bersabar..

Plus, ada few suggestion kena letak minyak kat perut untuk hilangkan perasaan merenyam tu, tapi nooooo still not working wooo...

Diri sendiri punyala control jangan beria sangat menggaru waktu siang kan.. TIba je waktu malam tengah tidur, oh my rupanya tangan berjalan sendiri garu perut.. wah sedapp nyaa menggaru.. If hubby tersedar dia akan tolong alihkan tangan ku.. Adoi bini dia baru je sedap menggaru..

And, selalu tempat yang gatal tu anak naik biji kecil. Well sebiji je naik tapi gatal dia, ya ampunnnn.. Sabar is the only key.

So now dah masuk 31 minggu. Semoga dipermudahkan urusan and sabar menghadapi cabaran gatal ni.. Saya tiada tips dah nak kongsi kecuali SABAR!.

Tips mengatasi masalah kaki cramp semasa mengandung

Sebelum ni, sejak masuk dalam trimester kedua, kaki selalu sangat cramp terutama masa bangun pagi-pagi hari.. Kiranya memang tiap2 pagi masa mengandung ni akan bangun dengan menjerit kesakitan.. Wohooo.. Hubby macam biasala lepas isteri menjerit terus bangun urutkan.. Kadang-kadang jadi tengah2 malam. Tahap sakit yang memamg tak boleh tahan dah wooo.. huhu..

Dalam minggu lepas jumpa sedara.. Baru la dia ada ajar macam mana nak elakkan cramp terutama waktu bangun pagi.. Weh selama ni puas google tips untuk elakkan cramp tak de plak orang kasi idea yang bernas ni..

Caranya mudah je.. Kaki akan cramp bila kita cuba stretch kaki kita bila bangun pagi.. Actually its normal untuk semua orang bila bangun pagi akan mengeliat dan stretch kan seluruh badan. So masa mengandung jangan buat ni ye.. Bila sedar tu gerakkan semua anggota perlahan-lahan.. Jangan stretch kan kaki. And it works!. Bila x stretch kan kaki memang tak akan cramp.. Kadang-kadang terlupa pergi stretch kan kaki terusla cramp balik kaki tu.. Tapi bila berhenti cepat je cramp tu akan stop. If I knew this earlier.

So ibu-ibu mengandung sekali, ingat tau masa bangun tido bangun dengan tenang. Gerakkan kaki slow-slow. Lepas tu pijak lantai slow-slow. InsyaAllah dapat mengelakkan masalah cramp ni..