Showing posts with label Baby #1. Show all posts
Showing posts with label Baby #1. Show all posts

Braxton hicks masa minggu 30

Dah mula rasa symptom braxton hicks ni semalam. Berdasarkan pembacaan symptom ni selalu terjadi during third trimester. Hmm, mula2 rasa baby aktif sangat. Kick sana sini, sampai senget2 my perut. And baby A (ye dh finalize name) paling suka kick side kiri mummy dia which is kt tulang pinggul rasanya. memang sakit woo. tp sabar jela. Syukur baby A aktif kan?.

So bila baby A dh start aktif, tiba2 perut mengeras.. Aduhaii.. Lama gak dlm 3,4 minit then dia stop.. Xlama tu datang balik symptom tu.. So based on my reading, tu maknanya uterus mengeras sebagai persedian untuk baby buka laluan nanti.. So kontraksion pn rasa mcm ni gak t =p worst of course!. So cara nak ilangkan sakit, masuk tido. Dengan harapan bgn pagi dah x sakit.. Sakit perut sampai sakit kepala datang..

Pagi ni bangun tido dah x sakit dah. Tapi baby masih aktif mcm semalam. X tido ke dia?.  And till now kepala masih sakit. Sabar jela. Lunch hour nanti rasa nak balik rumah je tido.

Hopefully baby A is doing fine. Lagi 10 minggu kita nak jpa. Or maybe earlier only Allah know. Tapi come out when u r matured enough ye. Love u baby A! 


3D/4D scan di Hospital UMRA shah alam

Semalam memang happy day for both of us. Sebab dapat tgk baby in 3d/4d.. Kami buat scan ni di Hospital UMRA shah alam with Jazelyn. She is such a lovely lady.. Sabar je buat kerja and terangkan pasal baby dengan detail sangat.. So what we did was detail scan in 2d + scan 3d/4d.. Memang puas hati dengan servis dia.. Masa detail scan dia check baby physical n the organ skali.. Kaki, tangan, jari, tulang belakang, kidney, jantung, paru2, air ketuban, GENDER and macam2 lagi la.. And Alhamdulillah all in order.. Semoga baby terus membesar dengan sihat n sempurna sampai delivery ye..

Feeling masa first time nampak muka baby?. Speechless. Senyum sampai berair mata. Too happy. Love u baby #1.. :)

So kt bawah ni is our baby picture. Sangat susah nk capture dia ye.. Masa buat details scan dia sangat aaktif sampai susah nak kira jari2, nk ukur length semua. Tapi bila part nk ambil scan 3d/4d dia dah tidur plak.. Paling best tido tutup muka dengan tangan.. So Jazelyn try bangunkan dia goyang2 my perut tapi lebih hebat dia buat, kaki plak naik atas tutup muka.. Haha.. Sangat sleeepy rupanya dia.. And x nak orang kacau. Orang panggil2 dia tutup telinga.. Kaki tutup muka.. Pandai sungguh baby mummy ni.. :).. So kat bawah ni best picture la yg boleh dapat.. Tu pn Jazelyn suh jalan2 dulu dlm 10 minutes untuk kejutkan baby.. Still tido tapi kaki nak jugak turun bawah. Telinga mantain tutup telinga sebab bising agaknya kami dok kejut dia.



Paling penting bersyukur everything is normal. And we are excited about the GENDER too.. Hehe.. barula tenang nak beli baju colour apa sekarang.. Alhamdulillah.. My instinct was right walaupun ramai teka different. Memang bentuk badan, bentuk perut semua x semestinya melambangkan gender baby.. Actually this is our first, so mana2 pun kami terima dengan excitednya.. :)

Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan sehingga kelahiran. Amin.

First checkup at UMSC

Semalam on half day PM. Sebab pergi checkup with Dr yg akhirnya kami pilih utk delivery nanti. Actually memang long process sangat nk pilih hospital mana, doc mana utk melahirkan baby #1 ni.. Am excited tapi pening baca review and tanya pendapat org sekeliling.. If possible, I really want a female doc to attend. And the cost xnak too pricy la kan.. So selepas pening pilih sana sini, UMSC jadi pilihan hati. And ada doc yang berkenan dihati.. Semoga Allah permudahkan apa yg kami dh pilih.

So semalam is our first checkup. I is a happy mummy to be. Walaupun tgu agak lama for the doctor. Appointment at 230, pkl 330 br dpt jpa doctor.. Aduhaii.. sabar jela. I guess this happen everywhere. Doc yg popular memangla queue panjang kan.. Everything is ok, alhamdulillah. Memang happy je bila tgk budak cenonet dlm perut ni. Doctor scan lama sbb ni first time dia tgk kan.. Baby sangat aktif dlm perut mummy. Xberhenti bergerak.. Like baby x penat ke.. So sweettt.. And paling best skali, dia boleh pandang ke screen. Rasa mcm miracle and happy sgt.. Banyak kali dia pusing kepala pandang screen. Pengalaman yg x mungkin dilupakan. Im not sure whether he/she is distracted by the scan sbb tu dia pandang. Hai rindu nk tgk lagi. Kalau la mesin scan tu ada kt rumah.. Hehe.. selalu dh usha baby.. :)

Ohh and kami x tau lagi whether baby ni boboy atau gegirl.. Doc ckp tali pusat penuh tutup celah kaki dia.. Hehe, malu2 la baby ni. Xmau tunjuk gender dia.. But its ok, mana2 pun will make us happy. Asal baby sihat dh syukur alhamdulillah sangat2...

Oh, and ramai teka girl. Kita cuba lagi intai next checkup ok.

Week 20

Alhamdulillah.. dh sampai ke week 20++ which is dh halfway through pregnancy. I is a happy mummy to be. Sebab now dh sihat byk compare dengan dlu. So boleh makan dh. Cuma worried skit pasal my weight la kan. Jangan la naik byk sgt oiii.. Nanti susah plak nk kurus kan. Cuba jaga makan dh sedaya yg boleh.. Actually makan mcm org lain je, 3 kali sehari.. Tu pn mlm makan ringan je. Tapi beratku naik jua. Huhu. Harap2 kembang air la ye.. Kaki pn dh bengkak skit ni. Jalan lama2 akan sakitla..

Last weekend dh mula g survey2 barang baby. Ni kira first time la masuk section baby and kedai baby. And so syiok ok. Nasibla ku x tau lagi gender baby. Atas dasar kegeraman dan sale skang ni dh mula beli baju baby skit2.. Jalan2 ke midvalley. Banyak kedai baby kt situ. Plus, mothercare sale. Kenapa comel sgt baju2 dia.. Aduhaii.. Beli gak yg newborn beberapa pasang.. Warna adalah unisex. No blue or pink. huhu.. Comel sgt baju2 kecil tu kan.. X sabar tgu baby lahir.Semoga dipermudahkan Ya Allah...

And baby mmg slalu kick skang. Happy sgt bila baby kick. And baby sgt pandai.. Bila minta dia kick, ckp2 dengan dia, mmg dia akan kick.. Mcm tau je. Kalo dia syp je mcm risau plak.. Usap2 perut minta dia kick.. So sweet. Thank you Allah for this gift. Alhamdulillah..

Eh panjang plak menulis, dh la masa office. ahhaa.. mood kerja kelaut today.

Love u Baby #1

Now im at 18weeks++ of pregnancy. Syukur alhamdulillah, Skang ni dh bertambah sihat dan membesar dengan jayanya.. hehe.. walaupun x makan sgt n muntah trk sepanjang pregnancy sampai 4 bulan, tp berat still naik dgn jayanya. Muka pn dh tembam org ckp. for me nampak biasa je dalam cermin. hehe. baju mostly x muat dh. dh mula start shopping baju pregnant.. baju kurung pn ketat ni.. baru 4 bulan ++. Hoho, x taula akan membesar setakat mana ni.. Redha je. xpe, lps bersalin kita work out + diet la kan. now everything for u baby #1.

And until now, x tau lagi gender baby. Apa2 pn kami terima dan berdoa moga baby sihat n sempurna. Amin2.. Xkisahla girl or boy. If boy leh jadi geng ayah. If girl, senang nk tolong mummy nanti kan.. :). Rasa x sabar sebenarnya nk tgu baby keluar tgk dunia. Semoga dipermudahkan urusan. Amin2,..

Semester pn dh nak berakhir syukurrr... cuma IT project je xspt nk disiapkan semester ni n extend to next sem. okla tu. Sebelum beranak insyaAllah settlekan semua skali. Amin2..

Ahhaaa... n paling penting mmg skang ni everydy rs baby kick.. X kuat, tp cukup utk mummy rasa. Ayah je la x dpt rasa lg.. Sbb rs dr dlm perut kan. like dup dup kena tendang.. terutama lps mummy makan or masa mummy tgh baring2 rehat waktu petang.. mmg time favorite dia ms tu. ni pn rs dia tgh tendang2.. love u baby. Membesar dgn sihat n sempurna ok. Ayah n mummy will meet u in october or november insyaAllah.. :)



Cerita pregnancy #1

Being pregnant for the first time adalah nikmat Allah yg paling berharga untuk kami suami isteri. Oh masa mula2 tau yang we are expecting rasa mcm x percaya pn ada. Bersyukur sgt.. Dapat detect im pregnant masa week 4.. Mmg cepatla kan.. Lewat je period dlm 3 hari trs wat test.. And Alhamdulillah, jadi kenyataan..

Now im at 12 weeks of pregnancy. long way to go lagi la kan.. But, since week 6 dah alami morning/all day sickness yg sangat2 teruk.. Asal makan je muntah.. Hoho.. memang penyakit yg berat dan buat diri yg x berapa kuat ni.. Menagis gak la bila x tahan tu.. Bersyukur sgt  dengan nikmat yg Allah berikan tapi kadang2 terleka bole juga mengeluh sebab kepenatan melayan alahan mengandung.. Maknanya dh 6 minggu keadaan me mcm ni.. Rasa mcm badan naik tapi part perut je kot.. Kerja?. Buat yg terlarat je.. Memang selalu mc skang ni.. Or ambil leave sebab nk rehat kt rumah. X perlu nk explain pasal assignment yg berlambak tu kan.. This is my last semester, kena siapkan master thesis. Huhuhu.. Sila tabah!.

But hubby org yang paling memahami.. Alhamdulillah.. Memang segala2 dilayan oleh dia. Semoga dia terus sabar la melayan isteri yg x larat nk buat apa2 walaupun pergi ambil makanan kt dapur. Hai suami, tabahla ye.. Orang ckp bila dh masuk 3-4 bulan alahan akan berkurang. Doakan yg sama untuk diri sendiri. Semoga sihat sampai melahirkan.. Amin2..

Tapi ada 1 bende pelik. When im with my parent, siblings memang sgt sihat. Diorg datang je rumah or myself balik kg terus x muntah2 dah. Macam2 leh makan. best sgt.. Besarnya kuasa Allah.. Sebab tu kena hargai ibu bapa dan keluarga sebab mungkin diorg jadi penguat semangat myself. Rasanya if ddk dgn parent mmg sihat je kot. Balik kg bole memasak lagi. Duduk rumah sendiri masuk dapur pn tutup hidung. Sabar jela..

Inilah bahagian myself. Dugaan supaya menjadi orang yg lebih sabar. Mummy yg lebih sabar, insyaAllah. Dlu mak pn mabuk trk masa mengandungkan me. So sekarang ni rasakan la skit kan..X terbalas jasa ibu bapa melahirkan dan membesarkan. Semoga Allah berikan Syurga tertinggi untuk mereka dan diampunkan semua dosa2 mereka. Amin..