Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah dah selamat bersalin baby girl, 3.31kg at UMSC on 16 March 2015 (Overdue 2 hari). Perasaan sekarang? Sangat sangat happy dah jadi mother of two pada Muhammad Azim Dasuki dan latest addition, Affiya Nasuha.. :)

So my overdue story memang tragis jugak la..Menanti harti demi hari untuk bersalin sampai la ke tarikh EDD but still no sign. Oh masa tu memang phase agak panik and takut sebab doktor cakap akan induce if +8 tak bersalin lagi. Masa tu memang doa banyak2 semoga segalanya normal dan dipermudahkan untuk me and my baby girl.

So malam ahad tu dah set dalam mind, I need to go to work again on next morning. Sangat sedih ok sebab memang tak larat sangat nak kerja and fikir pasal kerja lagi. But still keep praying semoga selamat semuanya.. Akhirnya pagi isnin on 5am, tiba2 tersedar. Bila duduk je kat katil, terus rasa bushhh air keluar. Dari pembacaan memang dah agak ni mesti air ketuban. Macam happy gak sebab dah ada sign nak beranak. Terus lari ke bilik air. Tak sempat basah la katil, cuma kain batik je basah. So lepak dalam toilet dulu untuk digest. Lepas tu keluar lagi bushh.. Kuantiti dia tak la banyak sampai banjir, tapi boleh perasan la air tu keluar.

Terus panggil hubby cakap air ketuban dah keluar ni. Dia relak je. Tanya dah nak pergi hospital dah ke. Ok, I pun relak lagi masa ni. Cakap kat husband kita keluar pukul 7 lah, Hantar azim terus. Mandi, solat and air masih keluar sikit2. And dah mula rasa sakit. Macam risau pulak sebab tak ada pengalaman air ketuban keluar dulu ni. Last2 pukul 6lbh dah keluar rumah. Call pengasuh cakap nak hantar anak awal sikit sebab nak beranak. Then terus pergi cari breakfast dulu sebab tau nak kena ada energy untuk meneran nanti.. So off to mamak. Dekat mamak makan tak ingat. 2 biji telur tiga suku masak, nasi goreng and milo ais. Main telan je sebab tau I need the energy. Sampai makan sambil tahan sakit. Sakit dah datang every 5 minit tapi still boleh tahan la sakitnya..

Pukul 7 lbh sampai UMSC. Jumpa nurse cakap saya nak beranak ni, air ketuban dah pecah. Teruslah kena admit kan. Straight to labor room. Pukul 9 doctor datang and teruslah check bukaan. 5cm. Terus tanya doctor boleh tak nak ambil epi. Ampun, saya takut sakit. So doctor cakap sempat lagi. Tak lama lepas tu doctor lain datang and beri epi. Terus sakit hilang. Senyum.. Dalam pukul 12, parent from kuantan pulak datang. Lepas je salam2 diorang, terus rasa macam dah rasa kena teran. Bila pakai epi, kita memang tak sakit tapi bila dekat hujung2 tu dah boleh rasa dia punya sting tu. Susah nak describe. So doctor datang check dah fully dilated. Ready to push.

Alhamdulillah, masa tu baru lepas azan zohor, pukul 1.38pm, baby Affiya Nasuha selamat dilahirkan. Dipermudahkan urusan bersalin. Affiya keluar2 je terus buka mata and nangis. Dia macam tembam sangat masa keluar, Macam tak percaya baby dah keluar dari perut masa tu. Happy sangat2 :)


Baby Affiya and mummy. Ni dalam labor room lagi ni. Nurse suruh rest dulu before tolak to ward

Baby Affiya Nasuha, 3.31kg (16 March 2015)

39 weeks ++

Oh ya Allah. Lamanya dah rasanya aku mengandung ni. Hehehe.. And situasi hari ni. Sihat sejahtera as if memang lambat lagi nak beranak. Hahaha.

Ok nampak je gelak tapi hati ni. Tertanya-tanya bilalah nak beranak. Bilalah dapat jumpa anak perempuan mummy ni. Ok ke tak baby duduk dalam perut mummy tu. The big concern is hoping baby adalah selamat sejahtera sehinggalah selamat keluar dari perut mummy and lahir sihat sempurna segala-galanya. Apa lagi doa seorang mummy kan..

Sekarang ni phase me merajuk dengan semua orang. Janganla tanya kenapa baby tak keluar lagi. I dont have the answer for that. Kun fa ya kun. Dah Allah tak izinkan lagi so me, hubby, family tunggu jelah. And wait for the doctor update on tomorrow checkup. Selalunya kalau nak dekat bersalin kita akan rasa sakit2 kan, but this time nothing. Rasa sihat sejahtera sangat2 ni. Sedangkan due date adalah lagi 5 hari. Oh ya Allah, sangat berharap janganlah overdue dan janganlah sampai kena induce or anything that lead to something scary  T______T

I adalah sangat takut sebenarnya. Takut sakit nak bersalin dah satu hal. Ni takut overdue plak. Oh Allah permudahkan lah urusan hambamu ini. Kesian pada orang sekeliling. Dah rasa diri ni menyusahkan diorang je.. T_____T

Ops lupa nak update, on 38 weeks checkup doctor cakap kepala baby dah turun and dah ada bukaan 2cm. Doctor cakap maybe bersalin dalam waktu terdekat. But nampaknya belum masanya lagi. Oh sabarlah.


39 weeks ++

The false alarm

The false alarm. Again. Sama je macam nak beranakkan Azim dulu..

Last friday, satu cerita yang lawak tak lawak happen. Ok during lunch hour on that friday, pergi uruskan hal claim kwsp for our new house. Alhamdulillah, semua dah settle. Tinggal nak keluarkan duit from kwsp je. Niatnya nak masukkan duit tu dalam asb je sementara tunggu rumah siap..

So husband pergi solat jumaat and I pergila sorang2 urusakan hal di kwsp jalan raja laut tu. So tengah hari tu memangla tersangat panas kan. Memang parking belakang kwsp tapi kena jalan jugakla sikit kan ke bangunan tu. Bila dah settle jalan pulak ke bangunan hq cimb yang selang 1 blok from kwsp for lunch. Situ best sikit lunch sebab jumaat tak ramai and paling penting ada aircond.

So lepakla tunggu husband dengan cafe tu. Dah mula rasa very mid contraction. So dalam hati fikir, maybe sebab jalan banyak sangat so okla sakit sikit2. Tapi ini memang berbeza dengan sakit biasa. Sebab sakit dia start dari lenguh pinggang tarik ke perutt.. and lasted for 10-20 second macam tu.. So ignore lagi. Tapi dalam masa tu jeling2 jugak jam sebab nak time masa mild contraction tu.

Pukul 3 selamat sampai office. Cakap dengan husband macam sakit perut je ni.. And memang consisten every 10 minute. Tapi skala sakit tu masa tu dalam 2/10. So boleh tahan lagi.. Masuk office, sakit berterusan. Setiap 10 minutes je contraction datang. Cuka fikir ni tanda nak beranak ke. Masa azim dulu keluar tanda coklat macam gam tu. So bolehla detect terus simtom nak beranak. Yang ni cuma contraction je setiap 10 minit. Masa tu sakit dh bertambah to 4/10 la skala dia. So start asking around kawan2 office. Diorang cakap memang kadang2 tak keluar tanda, Just contraction. Semua suggest suruh balik. Decide tunggu lgi sejam untuk monitor. Pukul 4 lebih masih lagi contraction tetap every 10 minit. Ok no tak boleh jadi, Terus call husband ajak balik. Takut terberanak or terpecah ketuban dekat office. Segan plak nanti.

So balikla kami dari office. Lepas tu fikir nak pergi hospital ke tak. Sakit ni memang consisten je masa tu. Cakap dengan husband pergi makan2 dlu la nearby hospital sebab nak make sure betul2 ke sakit nak beranak ni. Minta dikma pergi ambil Azim dari rumah pengasuh petang tu. So pergi la makan2 and jalan2 dekat jaya grocer berdekatan dengan umsc tu.. And sakit masih consisten. Contraction dah sampai 5/10. Memang dah berpeluh2 dalam shopping mall tu tahan contraction. Cakap dengan husband oklah, memang kena pergi hospital ni. Terus rasa cuak.. Masuk je kereta nak gerak ke hospital, tiba2 rasa macam contraction dah slow. Tak berpeluh2 dah. Sampai je hospital yillek, tarrak. Not even 1 contraction dalam masa 20minit duduk lepak dekat parking hospital tu.. Hoihhh sedih.. Dah kenapa plak ni. Sakit biasa2 je, tak progressive and consistent. 

Hmm nak tunggu apa lagi dekat hospital. Tak mau warded kalau tak nak beranak lagi. Lagipun tak de pecah air ketuban or keluar darah lagi pun. So balikla semula ke rumah. Sedihhh. Sebab macam dah tak sabar nak beranak jugak sebenarnya. Adakah baby macam mummy dia. Pergi hospital terus sihat.. Aduh nampaknya baby suka sangat lepak dalam perut mummy lagi. Tak ready nak keluar lagi..

Sepanjang weekend tunggu jugak contraction datang lagi tapi cuma ada mild contraction je. And tak tetap. Sabar jelah kan. Dah ini takdirnya. 

Baby, mummy sabar menunggu. Tapi mummy dah penat sangat kerja. So maybe akan ambil mc je lepas jumpa doktor on next checkup. 

37 weeks ++

Alhamdulillah.. Good milestone. Insya Allah dah selamat untuk lahirkan baby #2.

Ohh sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa. Just sekarang ni rasa tak larat sangat nak kerja.. Betul2 rasa nak rehat je.. Oh baby.. marilah kita. Mummy dah ready.. Rasa macam tak sabar nk rehat je rasanyaa.. Rasa macam nak apply cuti je sementara tunggu untuk bersalin. Otak dah freeze nak fikir banyak2..

Pentanda? Last week checkup, doktor cakap kepala baby dah turun ke bawah.. Lega sangat-sangat sebenarnya. Hopefully progressing lah hendaknya. Sebab mummy dah tak larat nak pergi kerja ni..

Tanda-tanda lain memangla kadang2 sakit perut tapi still false alarm sebab tak progressive sakit tu. Kadang2 cibir tapi lepas tu stop.. Tanda2 lain tak ada lagi kot.. Adakah lambat lagi. omg kena cari semangat nak kerja nampaknya (ada semangat lagi ke?)....

Macam mana pun harap adik baby dilahirkan dengan selamat and urusan bersalin dipermudahkan dan normal segala-galanyaa.. Am hoping for smooth delivery and recovery, amin.