Showing posts with label Affiya Nasuha. Show all posts
Showing posts with label Affiya Nasuha. Show all posts

8mo++ Affiya Nasuha

Hai Affiya Nasuha.. Mummy disini.. Hehehe. Love u so much baby girl. Saje hari ni rasa nak tulis pasal progress Affiya. Mummy too busy nak update progress Affiya.


So in 8 mo Affiya @ Adik Piya dah boleh:

1. Merangkak (masih senget-senget lagi. macam merangkak guna sebelah lutuu, sebelah lagi guna tapak kaki,, lawak.. asyik tukar tukar kaki)
2. Berdiri for few second (achievement unlock). laju compare dengan abang azim. dulu abang azim berdiri masa 9 bulan. Itu pun mummy dah kagum sangat dah.
3. Suka makan bubur nasi yang mummy masak. Macam-macam bubur dah mummy beri. Semua ok. Alhamdulillah, tak memilih makanan adik piya ni.
4. Masih fully breastfeed, alhamdulillah.. tapi..
5. Kadang-kadang datang mood dia tak nak hisap susu botol. Takpe mummy akan cari jalan. Beli lagi botol brand lain
6. Suka senyumm. Agah je senyum.. Tak pun gelak. Sangat cantik.. love you sayang
7. Baik dengan abang azim dia. Suka follow abang azim main apa dia pun nak join. Lepas tu nangis bila abang azim rampas balik mainan yang dia pegang. 
8. Memilih orang. Hanya certain orang je boleh dukung dia. Else dia nangis. Tak peramah sangat macam abang azim. Cuma yang tetap dia nak hanya mummy, ayah n ibu habsah dia. Yang lain sekejap sangat bole pegang.
9. Enzema dia makin ok. Kadang-kadang je naik sikit-sikit dekat pipi. Tapi belakang kepala masih merah-merah
10. Kalau nangis je ngamuk mesti menggaru kepala. Hehehe. Mengantuk pun menggaru kepala. Cara lepas geram kot.
11. Suka makan. Orang makan dia pun nak makan.
12. Nampak je ayah tak sabar nak suruh ayah dukung. Simptom anak-anak manja ayah. Sama macam abang azim. huhu..
13. Ada dua batang gigi bahagian bawah :)

Membesar dengan sihat, hebat dan gembira ya sayang. Love you Affiya.

Perihal anak anak dan keluarga

Haiii..

Tetiba pagi ini rasa nak membebel dekat blog ni. Mengenangkan minggu depan nak celebrate our 3rd marriage anniversary. How time flies.. Dah dikurniakan 2 anak yang super lovely and sangat kami sayangi. Sangat bersyukur ya Allah dengan apa yang ada. Dan sangat berusaha untuk jaga amanah yang Allah berikan pada kami.. 

And next week juga, Azim will turn 2 years old. Abang azim we call him. Hmm dah membesar dengan sihat dan bijak.. Tapi, toddler kan macam biasala, tak mungkin la tak ada perangai yang kadang-kadang menguji kesabaran kami. Oh being a parent kadang-kadang memang kena banyak breath in and out. Oh anak sendiri kenala sabar lebih sikit kan. Tantrum 2 tu memang betul rasanya. Kena banyak tolerate dengan Azim. Lagi cabaran bila ayah dia balik lewat and mummy kena handle 1 toddler and 1 baby alone. Counting time je tunggu ayah balik before mummy bole mandi. Abang azim tu kadang-kadang saje menyakat Affiya tu.

Affiya pulak, dalam phase tak boleh tinggal, Dia nak main, tapi kita kena ada nearby. Haii anak mummy. Now dah masuk 7 bulan lebih. Phase nak merangkak. Memang laju budak kecil itu. Tapi tu la kena hati-hati sebab sekarang ni semua bende dia kutip nak masuk mulut. But she is cute baby. Rasa macam nak marah tak sampai hati. I mean baby girl is different from baby boy kan. Kalau boy kita nak dia jadi tough and everything, but for girl treatment pun berbeza. Ayah dia pun seem soft pada affiya. 

And husband, I know you are trying your best untuk keluarga. Memang bersyukur husband selalu utamakan me and anak-anak. Semoga berkekalan. Tapi kenala beri chance juga kadang-kadang untuk dia buat apa yang dia minat. Once in a while I'm ok je for him nak buat aktivit sukan dia tu. My husband memang sportman. Tapi sejak ada anak kecil ni dia memang banyak slow down dah. Sebab tu badan pun bertambah "sihat". Hahaha. Anyway thanks husband, I love you.

And also, sekarang selalu pergi tengok perkembangan rumah yang kami baru beli dekat Klang tu. Love that area sebab mostly melayu yang beli. Memang kawasan yang best untuk kami besarkan anak-anak insyaAllah. Sepatutnya serah kunci mid of 2016. Tapi maybe kami tak kan duduk dulu. Sayang our house now. 15minit je ke office. Kalau Klang, then we need 1 hour to travel to office. So maybe sewakan je la dulu rumah dekat Klang tu. Dalam 3,4 tahun lagi baru duduk sana. See how la.

Other than that, semua seems berjalan lancar alhamdulillah. 

Oh ya Allah, jadikan hambamu ini hamba yang bersyukur. Murahkan rezeki kami ya Allah..

Buatkan diri kami hamba yang sentitasa berasa lebih dengan apa yang dimiliki ya Allah. 

Amin.

Year of 2015 Update

Hai... Assalamualaikum..

Dah masuk Q4 of 2015. Cepatnya masa berlalu tahun ni. And tak ada kesempatan nak update blog pun. Well can blame instagram sebab I update everything in my insta. Not too many follower compare to FB and much more privacy for me. 

Affiya Nasuha dah 6 month++. Alhamdulillah, sihat anak mummy sorang tu. And suka tersenyum. Agah je senyum. But hanya oleh orang yang dia kenal. Sebab this girl memilih sikit. Orang lain boleh pegang kejap-kejap je. Tak macam abang azim dia yang peramah je dengan semua orang. And abang azim pun alhamdulillah sihat. Dah nak mula bercakap. Banyak dah word dia pickup. Tapi kadang-kadang membebel dalam bahasa dia lah. Mummy iye kan ajelah.. Love u anak-anak mummy :)

And kerjaya wise, hmmm.. Ok tahun ni memang ramai sangat kawan-kawan and bos resign. I is sad. Sedih sebab dah tak sama environment. This year agak mencaabar untuk company kami. For me, I will stay tapi tengokla if ada peluang datang depan mata, then I will grab it. And sekarang memang busy dengan project. Syukur, I love doing project. Makcik dah pencen dengan programming. I LOVE programming tapi cukuplah tu. It's time for me to challenge myself to do something different than my  area of expertise. 

That is all for now.


Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah dah selamat bersalin baby girl, 3.31kg at UMSC on 16 March 2015 (Overdue 2 hari). Perasaan sekarang? Sangat sangat happy dah jadi mother of two pada Muhammad Azim Dasuki dan latest addition, Affiya Nasuha.. :)

So my overdue story memang tragis jugak la..Menanti harti demi hari untuk bersalin sampai la ke tarikh EDD but still no sign. Oh masa tu memang phase agak panik and takut sebab doktor cakap akan induce if +8 tak bersalin lagi. Masa tu memang doa banyak2 semoga segalanya normal dan dipermudahkan untuk me and my baby girl.

So malam ahad tu dah set dalam mind, I need to go to work again on next morning. Sangat sedih ok sebab memang tak larat sangat nak kerja and fikir pasal kerja lagi. But still keep praying semoga selamat semuanya.. Akhirnya pagi isnin on 5am, tiba2 tersedar. Bila duduk je kat katil, terus rasa bushhh air keluar. Dari pembacaan memang dah agak ni mesti air ketuban. Macam happy gak sebab dah ada sign nak beranak. Terus lari ke bilik air. Tak sempat basah la katil, cuma kain batik je basah. So lepak dalam toilet dulu untuk digest. Lepas tu keluar lagi bushh.. Kuantiti dia tak la banyak sampai banjir, tapi boleh perasan la air tu keluar.

Terus panggil hubby cakap air ketuban dah keluar ni. Dia relak je. Tanya dah nak pergi hospital dah ke. Ok, I pun relak lagi masa ni. Cakap kat husband kita keluar pukul 7 lah, Hantar azim terus. Mandi, solat and air masih keluar sikit2. And dah mula rasa sakit. Macam risau pulak sebab tak ada pengalaman air ketuban keluar dulu ni. Last2 pukul 6lbh dah keluar rumah. Call pengasuh cakap nak hantar anak awal sikit sebab nak beranak. Then terus pergi cari breakfast dulu sebab tau nak kena ada energy untuk meneran nanti.. So off to mamak. Dekat mamak makan tak ingat. 2 biji telur tiga suku masak, nasi goreng and milo ais. Main telan je sebab tau I need the energy. Sampai makan sambil tahan sakit. Sakit dah datang every 5 minit tapi still boleh tahan la sakitnya..

Pukul 7 lbh sampai UMSC. Jumpa nurse cakap saya nak beranak ni, air ketuban dah pecah. Teruslah kena admit kan. Straight to labor room. Pukul 9 doctor datang and teruslah check bukaan. 5cm. Terus tanya doctor boleh tak nak ambil epi. Ampun, saya takut sakit. So doctor cakap sempat lagi. Tak lama lepas tu doctor lain datang and beri epi. Terus sakit hilang. Senyum.. Dalam pukul 12, parent from kuantan pulak datang. Lepas je salam2 diorang, terus rasa macam dah rasa kena teran. Bila pakai epi, kita memang tak sakit tapi bila dekat hujung2 tu dah boleh rasa dia punya sting tu. Susah nak describe. So doctor datang check dah fully dilated. Ready to push.

Alhamdulillah, masa tu baru lepas azan zohor, pukul 1.38pm, baby Affiya Nasuha selamat dilahirkan. Dipermudahkan urusan bersalin. Affiya keluar2 je terus buka mata and nangis. Dia macam tembam sangat masa keluar, Macam tak percaya baby dah keluar dari perut masa tu. Happy sangat2 :)


Baby Affiya and mummy. Ni dalam labor room lagi ni. Nurse suruh rest dulu before tolak to ward

Baby Affiya Nasuha, 3.31kg (16 March 2015)