Baby 3 at 38weeks++

Nak masuk 39 weeks dan and baby masih seronok sangat duduk dalam perut mummy ye.. Alhamdulillah segalanya nampak normal as for now cuma as last week checkup berat baby dah 3kg. Ohh bam bam nya dia sambil nak tunggu keluar ni,.

So far penat sangat dah kerja and memang menanti nak bersalin sebab dah penat and tak larat nak duduk je dekat office ni. Kalau duduk rumah bole la penat duduk, berbaring ke, nap ke kejap.. Dah la kerja ya ampun banyak lagi nak kena settlekan. Mummy cuba bertabah melayan persekitaran kerja ni.

So baby come out la ye. Geng seangkatan awak ramai dah keluar ni. Mari la.. Mummy nak peluk, cium. Apa2 pun harap selamatlah melahirkan dan dipermudahkan urusan kelahiran, pantang dan segala-galanya.. Love you baby #3.

Dilema yang melanda

So here is my situation. Married with 2 kids and currently pregnant no 3. Alhamdulillah syukur nikmat atas rezeki yang Allah berikan. And me and my husband bekerja di investment bank yang memerlukan kami untuk kerja lewat most of the day. 

So here we are, 3 small kids insyaAllah next year. Pergi kerja pukul 7.30am and balik for me pukul 7petang and husband pukul 9malam. Tu pukul rata lah sebab kalau hari2 yang tenang mungkin dapat balik awal. And husband plak on alternate basis kena balik lewat sebab on mutual rotation dengan colleague dia. So yup, me as IT support, basically need to be available 24*7?. But I can always remote in/vpn to do my work walaupun yup agak susah with my kids yang excited nak tengok/nak tekan/nak duduk (comel kan. hahaa. tp bila banyak keje stress gak).. While my husband kerja dia involve kena tunggu market close then some of the job can start. So thats the reason kena balik lewat.

So now staying at rumah tiggi yang memang dekat sangat dengan rumah and we love our house so much and we love our pengasuh so much. Our pengasuh la banyak backup kami sebab kami selalu balik lambat. Semoga dia tetap tabah menjaga anak2/harta kami tu. Memang rasa bergantung betul pada dia. And sejak azim 3 bulan no nak masuk 3 tahun rasanya tak de masalah dengan dia.

Ok, as family member grow. kita pun nak juga rumah yang besar sikit kan. Lagi2 rasa macam nak duduk landed yang selesa yang anak2 bole bermain di tanah. Ok. lets go and find a landed house and alhamdulillah, dh beli dh siap pun. Now dalam phase nak settlekan defect, grill, etc..

Then whats next?. Err location rumah baru adalah tak dekat macam rumah sekarang. Now is 10km, the next house will be 35km from office. Hmm big difference?. yes. Ada pilihan kami boleh naik train direct to office. but still need to drive to train station. Walaupun me and my husband satu office tapi timing balik memang lain most of the days. How about my kids. Tak pernah hantar pada tempat lain selain rumah pengasuh sekarang.  Am so nervous.

Oh now dilema sangat. I want a hijrah for my family and husband agree on that too but we cant figure out arrangement for our kids. We are stuck...

Ok, mari fikir lagi dan lagi dan lagi,,

Lusa raya

Salam..

Lusa dah raya. Cepatnya sebulan puasa ni.. Alhamdulillah so far masih berpuasa penuh. Ya memang dibenarkan berbuka bagi wanita mengandung tapi sebab rasa sihat so puasa jela. Hopefully semua selamat. Amin2.. To date adalah almost 18 weeks pregnant.

So, persiapan hari raya tahun ni sederhana jela. Baju mummy ayahnya adala seorang sepasang dua je yang baru. Baju anak memangla berpasang2. Hehehe. Semua beli siap sebab mummy busy kerja tak sempat nak pergi tempah baju. Takpela yang penting untuk anak-anak ready dah for raya.. Harap semua sihat-sihat je nak beraya ni.

Tahun ni beraya di kuantan. Tapi malam raya baru dapat balik kampung. Sedih kan.. Sebabnya my system tak de backup non-muslim. Jadi kenala ambil cuti lepas raya since my colleague ambil cuti sebelum.. Itu pun i kasi dia cuti jumaat dengan harapan dia standby support from house kalau ada issue. Jangan den jugak kena support nanti sudah. Memang den bengang la kan.. Kali ni cuti 4 hari lepas raya walaupun ayahnya cuti sehari je.. Xpe me lepak kampung. Nanti hubby datangla ambil kitorang. The reason memang sejak kahwin ni cuti kejap je for raya. My hubby yang baik hati tu backup everyone so semua ambil kesempatan cuti lama kecuali dia. So kita cuti je sendiri, tak bole diikutkan sangat. I want to spend time dengan my parent jugak.

Ops bebel pulak, Boring sebenarnya kena kerja ni. Bertabahla ardilah. Bersyukurla anda masih ada keje. Till then. Bye.





April 2016

Hallo blog. Long time no update. I think I need to jot down something dalam blog ni. So far my update.

1. Got job offer from other bank, and I already decline their offer.
2. I'm pregnant no 3.
3. Syukur I'm going to have a new baby (sementara muda), but at the same time overwhelm sangat sebab I just cant plan what next. Should I get a maid, should we move to our new house, and so on.
4. Got a good promotion at office, alhamdulillah.
5. Evening sickness. Pukul 6pm startlah sampai ke maghrib. Muntah. Oh tabahlah
6. Banyak sangat kerja dekat office. Project quit messy dengan PM baru ni. But trying my best here.
7. Kerja rumah memang tak larat nak buat. Most of it hubby yang take over. Really want to hire like weekend maid. Yang bole suruh and settlekan rumah. But so far tak jumpa contact yang berkenan lagi. And takut. Whyla im so scared to hire a maid.
8. Anak-anak sihat alhamdulillah. Tapi biasala toddler, ada challenge tersendiri.. Doing our best here.
9. Buat project baiki tiles dalam bilik. Halfway done. Semoga hasilnya cantik nanti.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. Sesungguhnya Allah perancang yang terbaik sekali.

Welcome 2016

Happy new year 2016.

Ohhh.. time flies.. Now dah masuk new year. Tahun ni akan jejak umur 33 insya Allah. Kalau dulu dengar orang umur 33 rasa so old. Now bila dah sampai dekat diri sendiri feels nothing pun. Hehe. Jiwa memang muda rasanya. Hehehe..

Alhamdulillah untuk kesempatan untuk kehidupan ini. Dengan keluarga, anak2, harta bende, kerjaya dan segala-galanyanyaa.. Yup, memang tak perfect but cukup untuk kami, so thank you Allah once again. Dengan rahmat Allah je kita dapat rasa bahagia. 

So 2015 has been ok and good for me. Affiya Nasuha dilahirkan dalam tahun 2015. Bila tengok dia sekarang, rasa macam baru je mengah2 masa dia dalam perut. Now ya ampun, mek sorang tu boleh tahan kelasakan dia. Nak belajar jalan on her 9mo+. I think dia laju and cepat pickup sebab follow abang dia rapat. So memang bagus sebenarnya anak rapat ni. Dapat tengok progress adik memang laju. 

So should I start making no 3?. Hehehe.. Rasanya sekarang nak mula focus pada 2 anak-anak tu and my career. Yup, now time for me pulak nak excel in my career. Bukanla beranak tu akan buat kita kurang productive. Cuma bila mengadung kita ada banyak commitment like checkup, lepas tu badan penat-penat sikit. Some more my kids masih kecil dua-dua tu so I dont think I can manage. Dengan husband yang kerja dia memang selalu balik lambat tu. So I'm alone handling 2 kids sebelum nak tunggu husband balik dalam pkl 10malam macam tu. So ya, no 3 need to wait.Or sebenarnya i'm grateful sangat-sangat dah untuk 2 orang yang ada sekarang. I want to give the best to them insya Allah dengan izin dan rahmat Allah.

So this year rumah baru akan siap. So nak pindah ke tak. Nak pindah ke tak. Hehehe. Masih dilema melanda. Sekarang dah selesa hantar anak-anak dekat rumah pengasuh tu. So for now tunggu la dulu. 



Main thing is tanah. Penat dah duduk rumah tinggi. Teringin juga nak ada kawasan untuk anak main-main dekat bawah. Should we get a maid?. But maid akan bawa masalah baru tak?. Some more confirm expense family akan bertambah. Maid ni sama macam jaga anak sorang lagi la kan.. Dilema lagi for now. So tunggu and lihat la sampai rumah siap dulu.

So hopefully tahun 2016 ni membawa lebih kebahagian. I'm waiting for a good news in 2016. Semoga Allah izinkan dan permudahkan. Amin.