Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Dilema yang melanda

So here is my situation. Married with 2 kids and currently pregnant no 3. Alhamdulillah syukur nikmat atas rezeki yang Allah berikan. And me and my husband bekerja di investment bank yang memerlukan kami untuk kerja lewat most of the day. 

So here we are, 3 small kids insyaAllah next year. Pergi kerja pukul 7.30am and balik for me pukul 7petang and husband pukul 9malam. Tu pukul rata lah sebab kalau hari2 yang tenang mungkin dapat balik awal. And husband plak on alternate basis kena balik lewat sebab on mutual rotation dengan colleague dia. So yup, me as IT support, basically need to be available 24*7?. But I can always remote in/vpn to do my work walaupun yup agak susah with my kids yang excited nak tengok/nak tekan/nak duduk (comel kan. hahaa. tp bila banyak keje stress gak).. While my husband kerja dia involve kena tunggu market close then some of the job can start. So thats the reason kena balik lewat.

So now staying at rumah tiggi yang memang dekat sangat dengan rumah and we love our house so much and we love our pengasuh so much. Our pengasuh la banyak backup kami sebab kami selalu balik lambat. Semoga dia tetap tabah menjaga anak2/harta kami tu. Memang rasa bergantung betul pada dia. And sejak azim 3 bulan no nak masuk 3 tahun rasanya tak de masalah dengan dia.

Ok, as family member grow. kita pun nak juga rumah yang besar sikit kan. Lagi2 rasa macam nak duduk landed yang selesa yang anak2 bole bermain di tanah. Ok. lets go and find a landed house and alhamdulillah, dh beli dh siap pun. Now dalam phase nak settlekan defect, grill, etc..

Then whats next?. Err location rumah baru adalah tak dekat macam rumah sekarang. Now is 10km, the next house will be 35km from office. Hmm big difference?. yes. Ada pilihan kami boleh naik train direct to office. but still need to drive to train station. Walaupun me and my husband satu office tapi timing balik memang lain most of the days. How about my kids. Tak pernah hantar pada tempat lain selain rumah pengasuh sekarang.  Am so nervous.

Oh now dilema sangat. I want a hijrah for my family and husband agree on that too but we cant figure out arrangement for our kids. We are stuck...

Ok, mari fikir lagi dan lagi dan lagi,,

Lusa raya

Salam..

Lusa dah raya. Cepatnya sebulan puasa ni.. Alhamdulillah so far masih berpuasa penuh. Ya memang dibenarkan berbuka bagi wanita mengandung tapi sebab rasa sihat so puasa jela. Hopefully semua selamat. Amin2.. To date adalah almost 18 weeks pregnant.

So, persiapan hari raya tahun ni sederhana jela. Baju mummy ayahnya adala seorang sepasang dua je yang baru. Baju anak memangla berpasang2. Hehehe. Semua beli siap sebab mummy busy kerja tak sempat nak pergi tempah baju. Takpela yang penting untuk anak-anak ready dah for raya.. Harap semua sihat-sihat je nak beraya ni.

Tahun ni beraya di kuantan. Tapi malam raya baru dapat balik kampung. Sedih kan.. Sebabnya my system tak de backup non-muslim. Jadi kenala ambil cuti lepas raya since my colleague ambil cuti sebelum.. Itu pun i kasi dia cuti jumaat dengan harapan dia standby support from house kalau ada issue. Jangan den jugak kena support nanti sudah. Memang den bengang la kan.. Kali ni cuti 4 hari lepas raya walaupun ayahnya cuti sehari je.. Xpe me lepak kampung. Nanti hubby datangla ambil kitorang. The reason memang sejak kahwin ni cuti kejap je for raya. My hubby yang baik hati tu backup everyone so semua ambil kesempatan cuti lama kecuali dia. So kita cuti je sendiri, tak bole diikutkan sangat. I want to spend time dengan my parent jugak.

Ops bebel pulak, Boring sebenarnya kena kerja ni. Bertabahla ardilah. Bersyukurla anda masih ada keje. Till then. Bye.





Perihal anak anak dan keluarga

Haiii..

Tetiba pagi ini rasa nak membebel dekat blog ni. Mengenangkan minggu depan nak celebrate our 3rd marriage anniversary. How time flies.. Dah dikurniakan 2 anak yang super lovely and sangat kami sayangi. Sangat bersyukur ya Allah dengan apa yang ada. Dan sangat berusaha untuk jaga amanah yang Allah berikan pada kami.. 

And next week juga, Azim will turn 2 years old. Abang azim we call him. Hmm dah membesar dengan sihat dan bijak.. Tapi, toddler kan macam biasala, tak mungkin la tak ada perangai yang kadang-kadang menguji kesabaran kami. Oh being a parent kadang-kadang memang kena banyak breath in and out. Oh anak sendiri kenala sabar lebih sikit kan. Tantrum 2 tu memang betul rasanya. Kena banyak tolerate dengan Azim. Lagi cabaran bila ayah dia balik lewat and mummy kena handle 1 toddler and 1 baby alone. Counting time je tunggu ayah balik before mummy bole mandi. Abang azim tu kadang-kadang saje menyakat Affiya tu.

Affiya pulak, dalam phase tak boleh tinggal, Dia nak main, tapi kita kena ada nearby. Haii anak mummy. Now dah masuk 7 bulan lebih. Phase nak merangkak. Memang laju budak kecil itu. Tapi tu la kena hati-hati sebab sekarang ni semua bende dia kutip nak masuk mulut. But she is cute baby. Rasa macam nak marah tak sampai hati. I mean baby girl is different from baby boy kan. Kalau boy kita nak dia jadi tough and everything, but for girl treatment pun berbeza. Ayah dia pun seem soft pada affiya. 

And husband, I know you are trying your best untuk keluarga. Memang bersyukur husband selalu utamakan me and anak-anak. Semoga berkekalan. Tapi kenala beri chance juga kadang-kadang untuk dia buat apa yang dia minat. Once in a while I'm ok je for him nak buat aktivit sukan dia tu. My husband memang sportman. Tapi sejak ada anak kecil ni dia memang banyak slow down dah. Sebab tu badan pun bertambah "sihat". Hahaha. Anyway thanks husband, I love you.

And also, sekarang selalu pergi tengok perkembangan rumah yang kami baru beli dekat Klang tu. Love that area sebab mostly melayu yang beli. Memang kawasan yang best untuk kami besarkan anak-anak insyaAllah. Sepatutnya serah kunci mid of 2016. Tapi maybe kami tak kan duduk dulu. Sayang our house now. 15minit je ke office. Kalau Klang, then we need 1 hour to travel to office. So maybe sewakan je la dulu rumah dekat Klang tu. Dalam 3,4 tahun lagi baru duduk sana. See how la.

Other than that, semua seems berjalan lancar alhamdulillah. 

Oh ya Allah, jadikan hambamu ini hamba yang bersyukur. Murahkan rezeki kami ya Allah..

Buatkan diri kami hamba yang sentitasa berasa lebih dengan apa yang dimiliki ya Allah. 

Amin.

New year 2015

Alhamdulillah, masih diberikan umur untuk masuk ke tahun 2015. Syukur ya Allah atas segalanya2nya.. Keluarga, kesihatan, kewangan, dan semuanya.. 

Setakat ni 2015 telah membawa banyak sangat berita gembira. Semoga Allah beri kebaikan dan gembirakan hati ku, family ku, semua kawan-kawan ku and semua umat islam di dunia ni. Banyak yang berubah sempena 2015.

1. Berjaya booking rumah (baru booking, loan tak approve lagi, hehe) yang akhirnya berkenan di hati ni. Setahun ok round kl, selangor and cari landed property. And rumah tu still under construction and expect to be ready on May 2016. Semoga dipermudahkan urusan mendapatkan loan ni.

2. Finally dah tukar team. One of my mission for 2015 adalah nak tukar my career path. Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku. Still report to the same bos, cuma tuka portfolio. Join new project. Seems very interesting and sekarang dah mula study about the new system. Best. I love the feeling bila dapat belajar bende baru. Semoga dipermudahkan lah urusan aku dalam team and semoga tambah success lagi. Amin,

3. Pregnancy now dah masuk 30weeks++. Expected 8 minggu lagi bersalin la diriku, insya Allah. Setakat ni kesihatan baik. Syukur sangat sangat. Hope baby girl dilahirkan dengan selamat, sihat segalanya.. Amin amin..

Next, just focus untuk career and family. I just want to be happy. That is all. Amin amin..

Ramadhan Al mubarak

Assalamualaikum.. Dah berhabuk dah blog ni haiiii.. Sekarang ni agak malas nk update blog. Well dah banyak sangat platform lain kan like FB, twitter, Insta.. So penuh update dekat situ jela..

Tahun ni ramadhan pertama with Azim Dasuki. Cewaahhh macam budak tecik tu dah puasa je kan.. Alhamdulillah so far adalah ok!. Sebelum ramadhan memang risau macam mana la nak buat persediaan berbuka dengan budak kecik yang tak boleh berpisah jauh dengan mummy dia tu.. Turn out, ok je. Masa masak ajak dia sekali masuk dapur.. Letak dalam walker, pandai la dia cari mainan. Tapi memang make sure jauh dari dapur masuk la. Or if masak yang bergoreng sangat, akan letak dia kat luar dapur kejap.. Of coz melalalak la budak tecik itu. And jadual dia.. masa orang nak berbuka, masa tu la dia nak tido.. So selalunya time maghrib dia dah lelap.. Okla, bole la kami berbuka dengan tenang kan.. hehe..

Progress Azim Dasuki.. Lama x cerita.. Dia sekarang dalam phase merangkak yang laju, memenajat sana sini yang dia mampu capai and paling im happy with adalah bila dia berdiri, dia pandai adjust untuk turun sendiri. So tak risau dah dia jatuh.. Dah boleh tinggal la sikit so mummy can do my house chores.. He's a clever baby. Aktif jangan cakap la.. And sangat tak takut orang. Semua orang bole pegang dia.. And sangat suka senyummm..Agah sikit dah cukup.. :) Love u Azim Dasuki..

Ok itu jela for now. Ohh baju raya sekeluarga dah sort out before puasa hari tu. Tema ialah coklat. Tak sabar nak raya tahun ni.. 

Cuti cuti Malaysia : Langkawi

Last weekend, 24-28 April 2014, kami sekeluarga (me, hubby and azim) pergi berjalan ke langkawi. Well dah lama sebenarnya nk holiday. Tapi last year adalah sangat busy dengan study and im pregnant. So pergerakan tu limited sangat. At last tahun ni dapat jugak kami berjalan. This time bawak budak kecik, buah hati kami tu.. And of course sempena nak celebrate my birthday on the 27th. Thanks hubby for the vacation.

Asalnya our plan nak naik ferry dari kuala perlis sebab nak travel by car and singgah macam2 tempat untuk makan2. But last minute, seminggu sebelum pergi, ask around and ramai kata tak sesuai naik ferry bawa baby. Stroller tu susah nak tolak nanti. Ok, stroller adalah amat penting bagi kami. Tak larat dukung anak. Maafkan la kami, tak macam parent zaman dulu. Memang azim kami ajar duduk dalam stroller kemana2 pun.

So book tix flight. Compare price antara mas, airasia and malindo. End up mas tersangatlah murah ok. 350 pergi balik for 3 of us. Of course la no tix for infrant < 2 years, but tersangatla murah dah 350 tu. Pengalaman naik flight dengan baby. Hehe. Just make sure susukan dia masa tengah took off tu. Then masa nak landed pun susukan dia.. Azim ok, Cuma masa nak landed dia start menangis.. Dah puas tido. Perjalanan from klia to langkawi adalah 1 hour je. So azim nangis kejap2 je la. Kami naik flight malam @ 8pm. Sampai sana 9pm. Oh, make sure kalau perjalanan lama, beli seat depan, so boleh request bassinet ye. Bassinet ni bakul baby. So baby boleh tido dalam tu.



Sampai Langkawi terus cari kereta sewa. Kami ambil myvi. Kalau nak murah boleh ambil viva. Tapi memandangkan dengan stroller lagi and barang2 yang bakal dibeli, lebih baik ambil kereta yang sederhana besar. Charge kereta dari khamis malam sampai isnin pagi adalah rm260. Tak sure la murah or mahal. Selalunya harga lebih kurang sama je mana2 kaunter pun. And deposit 50. Settle semua terus ke hotel. Kami duduk di DeBaron Resort dekat pekan kuah. Hotel ni ok jugakla. Sebelah laut betul. Tapi bukan tempat mandi manda la. Hotel ni memang dekat dengan dengan jetty point tu. Dari bilik kitorang boleh nampak helang besar tu.




Our aktiviti adalah more to the santai one. First day, pusing2 pekan tak ada arah tujuan. Masuk kedai sana sini. Bawa kereta tak ada tujuan tengok langkawi.. Yela kata bercuti kan.. So tak nak la terlalu pack aktiviti tu. Tambahan pulak ada budak kecik tu. Nak make sure dia cukup rest so balik kl tak la tak sihat pulak. Cuaca dekat langkawi pun memang sangat panas.. Keluar je bilik hotel or kereta memang terasa bahangnya. Yela pulau kan.So no extreme aktiviti sangat lah.. First day kami memang pusing2 tanpa tujuan je. Plus its friday, so ada friday prayer. So me and azim lepak bilik je sementara tunggu hubby settle. And friday langkawi banyak kedai tutup. So tak seronok sangatla nak terjah2 kedai ni. Kami cuma nak mahirkan jalan jela on our first day tu.. 

Second day, sabtu barulah kami buat aktiviti lasak sikit. Lasak sangatla.. Naik cable car langkawi. Pernah naik 4 years back tapi hubby tak pernah lagi. Dulu dia datang tak siap lagi cable car tu. Sampai kat cable car, orang ya ampun.. ramainyaa.. beratur berpusing2. Tabahlah. Hubbyla beratur. Me and azim tunggu tepi je. Sampai dia depan barula kami masuk. And stroller tak boleh tolak sampai atas. Park je kat tepi guard tu. Selamat la sebab mmg sebelah guard and dalam compound cable car tu dah. Naik atas queue lagi. Omg panjang. Adala 45 minute jugak baru boleh naik cable car. Berpeluh. Nasib la azim tak meragam. Sampai atas sejuk je. Duduk lama kat atas tu best sebab sejuk. 









Day 3 melawat pantai and mandi pool je.. Sambil shopping puas hati.. hehee.. Such a long day for us sampai hari ke 3 rasanya dah penat sangat.. Enjoy the pic..





Day 4 balik,,, ohh penat!. And of course major laundry. Happy dapat pinggan mangkuk idaman. Huhu.










Abis entry Langkawi. Phuh,, ala2 rajin sedikit la nak update blog. Till then







Our first ramadhan

Alhamdulillah, ramadhan tahun ni datang lagi. Dan kali ni tahun pertama kami berpuasa sebagai suami isteri. Am excited. Konon2 nak jadi super isteri la. Masak utk berbuka n bersahur.. Sebab sepanjang kahwin ni, 3 bulan lebih je betul2 fit nak masak utk suamiku. Lps tu am pregnant and mabuk trk sampai bukan je masak, kemas rumah pn x larat...

Now dh 2nd trimester ni sihat banyak skit la. Nak cuba berpuasa and masak utk husband sepanjang ramadhan ni. Semoga dipermudahkan.. amin2..Setakat ni first dy cemerlang. Hehe.. Baru bersahur je,. Tapi dh masak mlm semalam utk makan pg ni. Pg ni bgn leh dadar telur lagi utk tambah lauk lagi. Eh dadar telur pn masak juga ye. Hehe.

Now, a little bit sleepy walaupun sempat tido sejam lepas sahur td.. Xpela br first dy kan, Badan perlukan masa nk adapt. Semoga tahun ni kami suami isteri dapat menjalani ibadah di bulan ramadhan dengan sempurna. amin2..

This weekend nak balik Melaka berbuka bersama family. Am excited tooo!

CNY holidays

Sempenan CNY, dapat 4 days free  leave. Yay. Hehe.. And cuti kali ni memang terisi dengan aktiviti.. Sangat penat tp fun spending time w my husband.

Sabtu lepas, we r going to Mastura wedding at Ipoh. Congrats dear friend. Barakallah to both of the newly weds. Being married is much more ohsem than couple2 ni. :). Makanan sedap2 ok. Memang banyak kitorg semua makan.. Nyum2..



Since myself x pernah pergi Ipoh. kitorg decide to stay overnight dekat sana. Yela pergi pn dh berjam2 due to jem, so x larat nk drive balik ke kl. We stay at Seemsoon Hotel. Hotel yg agak baru.. Quit nice la.. Okla for overnight. Dekat city yg pentingnya. Boleh jalan kaki je round bandar. Paling penting, Halal Breakfast.


Aktiviti di Ipoh. Of course la makan2 kan.. too bad kedai popular nasi kandar call Nasi Ganja tutup due to CNY holiday. So x dapat gak rasa. Ramai sangat puji kedai tu. Will go next time. But we did try Mee Rebus Ramli. Tapi x best sangat la for me. Mebi for org lain sedap kot.


And sunday, back to KL. singgah rumah, drop kain baju kotor and pack up to Melaka plak.. Hihi. Balik kg. Since kahwin dengan en Din, x pernah bawa dia balik kg melaka lagi. Aktiviti kitorg balik melaka adalah pusing melaka pergi rumah all mak2 sedara.. Keluar pkl 10pagi sampai pkl 9 baru settle pusing rumah sedara mara. 

And sempat lagi lepas aktiviti ziarah org tua, kami naik Melaka Cruise. Ok, kesian saya, nama je kg dekat melaka, tapi x pernah cuba naik cruise tu. Bayaran RM10, Sebenarnya agak menarik. Berbaloi bayar RM10. Jauh gak diorg pusing.. Am having fun with hubby and Kamal, our tourist guide. hehe..





Balik seremban

Aku suka kampung seremban.. :). Seronok,, Ramai anak sedara, suasana kg, bestttt. Haha. Aku suka balik rumah mertua ku. Makanan pn sedap je.. Mak mertua i masak sedap yoo. :). And they all very nice to me, alhamdulillah..

Just saying, I love seremban.

Piah off to Pulapol

Dah lama nk tulis pasal wedding Piah tapi dok malas je.. Skang ni Piah dh off to Pulapol. Semoga selamat adikku trainng kt sana. Nampaknya anak2 en Nawi ramai yg join bidang undang2. Akak dia je keje IT. huhu..

kesian gak adik ipar kena tinggal 9 bulan. Kalau bole keluar pn sebulan sekali for 24 hours je. Aku x sekuat dia rsnya..



Hmm and a month ago adalah wedding Piah n Fana. The reason wedding dicepatkn adalah dh tau lama Piah nk masuk training polis.. It was lovely.. Kali ni aku la yg paling sibuk uruskan semua kan. Hari tu masa kenduri sendiri relak je. Xyah buat pape. Untung pengantin kan. :)






Skang family dh berkembang. From 6 to 7 and now become 8. Alhamdulillah.. Semakin besar family En Nawi and Puan Rus. May more to come in future.Amin2.

2013 just started

Alhamdulillah. Dah masuk year of 2013. And end of my 3rd semester. Syukur. Berjaya mengharungi 2012 the best that I can. I got engage, married and be with the man that I LOVE!!!! Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah..

Hmm we started our new life together at small cabin at KL. Sekarang dh tukar rumh and its nearby to office. Yay. 10 minutes journey to the office. Syukur sgt. Dulu masa bujang travel 1hour++ untuk pergi kerja. Balik keje lagi trk jem nya.. Alhamdulillah. rumah hubby dkt sgt dgn office.

And permulaan 2013, we are bz with Piah wedding. This week gonna travel to Sg Besar for Piah and Fana solemnization and the bride family reception.

And for 2013, im hoping for more goodness to come. Ya Allah semoga dipermudahkan semua urusan, bahagia kan kami. Dan semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga. Amin..

Ohh, and todayy is our 2 months anniversary. Tq Allah.

Ahhh, gonna turn 30 dis year. Huhu.. so makcik!

Allah is the great planner. Alhamdulillah.

The new life

This moment memang berada tahap yang sangat stress. It is totally not easy become a employee + wife + student. Not easy man, not easy..

At one time, sampai rasa nk give-up. But am trying my best to do the best of what I have now. Hubby is very very and very supportive. No cooking and housekeeping or any house chores during assignment time. He support me with all his heart. Love him so much for that.

Still im very tired of everything. Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin.

But, am still overwhelm with the new marriage life. Thanks Allah for everything that I have and more to come, insyaAllah. Alhamdulillah.

Ok, back to proposal writing.

Saya comot masa kecil

Comot, sungguh xtipu. Sekarang pn comot gk kot.


Minggu lepas

Salam pagi isnin,, Lagi 6 hari je nk berpuasa.. Sedih ramadhan nk tinggalkan kita dh. Semoga ramadhan kali ni dapat menghapuskan dosa2 lama. amin..

Mcm2 kejadian yg jadi last weekend. Mula2 berita buruk, my kesayangan WVD accident.. Ohh my bad follow rapat sgt.. dh terlanggar org.. :(. Inila namanya xde rezeki.. Nasibla my WVD cedera skit je. Cuma bumper tercabut cat.. But now dh baiki.. lega.. Cantik kembali WVD ku. Tp kena gak la RM300.. Nak dekat2 raya n kahwin ni, ada plak duit keluar untuk bende x perlu.. huhuhu..

My parent dtg kl on khamis..Syukur setlh accident, ditemani oleh family.. Seronok bila mak ayh dtg visit.. Dapatla kami tarawih sama2 kt masjid di area rumah saya.. And balik tarawih enjoying teh tarik at mamak..






And also, on friday, dapat hamper raya for teammate.. Very nice of them.. :)


Kesimpulannnya, I still am very grateful for what I have now. Syukur ya Allah. Nikmat yg Allah berikan sgtla banyak.



What I actually do on my 1st semester break weekend

I plan for a lot of things. But, what I manage to do:-

1) Tgk Mr Tunang main carrom, 1 game je, pastu balik sbb boring.. hehe..
2) Makan Satey Kajang with Ayah, family Pcik Mat, adik beradik n Fana  (Ayah datang visit us without early notice :p)
3) Breakfast with Mr Tunang, ayah and adik beradik
4) Jalan2 to Chow kit, Jalan Tar with Mr Tunang and still no idea of whatsoever doorgift..
5) Off to Keramat membeli belah kuih muih for family
6) Kemas rumah (Yes!, tp xsempat mop)
7) Tido yang cukup, alhamdulillah.. :)))

Just xsempat jogging and betul2 cari idea for doorgift. Penatla survey2.. Nk pergi serbu kedai n beli trs bole x..

Preparation and preparation

Baru sedar nk manage event like this is soooo not easy. Masa pergi hantar piah bertunang all was smooth je. Yela kita yg nk bertandang umh org kan.. Bila tiba time diri sendiri, barula ke sedar kesibukannya..

Back to Kuantan last weekend (Sampai ktn 2am hari ahad since sabtu class).. Bgn pagi lepas subuh trs operasi kemas rumah.. Nasib semua balik. Boleh la tlg mengangkat barang semua... Sepagi kemas rumah, tgh hr kuar g fitting baju plak.. Mak andam xsampai kedai lg plak.. Singgah jap Jakel beli baju raya (Mmg dh wajib cr kain nk tempah untuk raya, nant tukang jahit xmo amik dh).. So me, mak, dikma n fana off to Jakel dlu shopping.. Sakan gk la.. Sorg 2,3 pasang. Best sbb Jakel sale..:) Drag dgn Fana skali.. So abis shopping trs g kedai jahit Chik Ana.. Ukur baju, last ukuran dia ada adalah tahun lps. So ukuran sekarang?/. Hahaha.. dh +1.,. blueekkk to myself. Padan muka.... Diet bagai nk rak pn seksa nk turunkn berat.. So now redha sudah..

Settle shopping trs ke butik mak andam.. Fitting baju n it was ok!. Adik2 pn ckp cantik... Ohh tunang je okla tu.. Pakai je..Siap fitting mak andam suruh bw balik baju.. Nice, bamyak kali lg la leh fitting n test ngn tudung :).

Balik rumah masak lunch and lunch at 5pm.. Petang br lunch sbb kebzan sepanjang hr.. Abis lunch mak ajak kuar kedai cr karpet plak..Ohh ibu ku.. Okla boleh, kesian dia nant nk buat semua bende sendiri.. So pkl 8pm br grk blk ke KL. penat!.. Hope all went well during eday.. ..

Meminang anak orang


Hari sabtu lepas (5/5/2012) kami sekeluarga g meminang anak org untuk hanafiah.. hehe.. lawak je bunyinya meminang anak org.. :p.. Kami ke Sg Besar, Kuala Selangor utk majlis tunang hanafiah.. Akhirnya selamat dah meka bertunang, piah and fana..

Yang pergi untuk event bertunang piah ni, dalam 5 kereta,.. Parentku, adik beradik, moksu+ayahsu sekeluarga, pakcik mat n mcik hamsiah, and jurucakap sekeluarga (xingat nama pakcik tu)... Dalam 30 org la semuanya..

First time sbnrnya btul2 attend majlis tunang org.. Slalu x tgk pn mcm mana org berbincang semua.. Tau makan je.. :p.. Majlis bincang tu simple je.. Sekejap je dah sarung cincin.. hehe.. alhamdulillah event berjalan lancar.. kejap je dh jadi tunang org adikku itu.. harap bertambah harmoni la dh jadi pasangan tunang..

Some pic of the event..














Busy month

Sangat bz bulan ni. Tersangat banyak aktiviti.. Kerja + Study + preparing for the e-day. Phuuuhhh berpeluh.. Tons of assignment made it all so challenging tau.. But am trying my best to finish up evrything one at a time. Hope all run smoothly.. amin..

It is offical. The E-day will happen on 20-5-2012 insyaAllah. Hope all went well ya Allah.. Am excited but so many things to do. Barang2 utk e-day suma dh settle cuma tinggal fitting baju je. Pelamin check, gubahan hantaran check. Cuma tinggal nk cr baju nikah je as hantaran. And plus, my adik, piah pn sama akan bertunang on 5-5-2012. So family is all bz preparing for the e-day event.

Now my mission to complete my assignment asap. 1 term paper to be submit this saturday (grrr,, not even start yet).. I have to skip class to attend my own e-day event. What a bz life become a employee+part timer student. Imagine how its gonna be when I add one more portfolio (wifey)..

And such a good month, lil sis Dikma joining the government service. Family is all happy for her. Congrats dikma. Be a a good law officer ok!.

As for me, strugle strugle and strugle. Manage time. No more playing around. Introducing the fiancee to be :)


ps: ye saya tau sy makin bam bam. 1 month to reduce the weight. kenapala saya byk keje sangat ni?. huhu

Anai anai menyerang rumah kuantan + Renovation

Hari tu mmg before mak ayah bertolak ke mekah, baru perasan rupanya anai2 dah makin frame pintu yg selama ni tersembunyi kat bawah langsir.. Masa tu x anggap masalh tu serius sgt.. Masa mak ayh pergi mekah pn, kitorg just balik sekali skala n sembur2 ubat je xkasi anak2 tu merebak.. Tapi kami ni kan x pro sumanya.. End up, b ila panggil org yg expert check, rupanya rumah dh teruk,.. Bawah rumah banyak dh anai2.. alhamdulillah, anak2 tu x naik atas bumbung lg..

So apa lg,, operasi tanam ubat anai2 bermula.. Kena clearkan rumah.. And kebetulan, rumah nk renovate,, and contractor suggest kitorg pindah keluar sbb senang dia nk buat keje.. Untuk sembur + tanam ubat anai2 pn perlukan kami keluar dari rumah tu.. So now kami sekeluarga (Mak ayah je yg stay kuantan) pindahla n duduak rumah sewa.. Rumah tu kat Bukit Bayroute. Nice place n sejuk je.. Almaklumla atas bukit.. Yang x best sangat pasal tpt tu environment kot.. Sbb kawasan kejiranan tu x jaga kebersihan.. Sayang,..

N me n piah amik cuti for 2 days nk tolong parent mengemas.. bayangkan la nk clearkan whole house.. mmg penat gakla.. nasib anggota ayah dh tolong angkat awal2 suma bende yg berat2.. Lps sebulan (renovation siap), akan pindah masuk semula. ya Allah nk mengangkat lagi.. X tau la nasib kami masa tu mcm mana kan..

ps: mcm leh escape je masa pindah masuk semula nanti, ,sbb ada class on saturday. Nasbla adik2ku kna kerja keras skit ganti kaklong nya. hhee

Balik Kampung Kuantan

The original plan ialah untuk balik kg melaka for CNY holiday tp mak ayah tukar plan sbb diorg nk amik leave for the next following week n bercuti di melaka to teman dikma since dia baru msk kerja kt melaka masa tu. So okla, plan berubah. Tgh hari sabtu, kami pulang ke Kuantan.. Jalan jem sampai ke tol karak. Masuk LPT barulah perjalanan lancar.. :D

Macam mana sy di kg halaman, sangatla rehat n suka makan2 dgn gembiranya.. N suka sangat tido. X tau la kenapa, ddk kuantan mmg mood nk tido je, asyik mengantuk. If cuti kt KL, xde plak buat perangai tido banyak sangat.. hehee.. until, one day teman mak g shopping n mak nk cuba timbang berat (kt rumah ada tp x accurate penimbang tu),, N my Allah, seriusly aku dh gemuks!. Imagine aku masuk bank ni dengan berat 60kg and now, tadaaaa 65.9KG. Dh gain 5kg sejak kerja sini. Teruknya.. no wonder baju dh banyak ketat.. Baju yg selesa utk dipakai masa mula2 join baik, semua x boleh pakai dh.. terlalu ketat.. So i need a plan, plan untuk kuruskan diir.. Start w eating healthy n menjauhkn diri dr bende2 menggemukkn.. Start hari ni, insyaAllah, pagi akan amik oat/nestum je..Tgh hari, nasi suku dgn lauk2. N dinner (walau makan apa pn) akan ambil before 7. No more food after 7. Nekad.. Gemukla i nanti. X cantik pakai baju kahwin nanti. Adoiii,, kena dietttt. Like seriusly.. Yg plg penting, perlu bersenam setiap minggu. Ya Allah semoga dipermudahkan urusan saya nk menguruskan badan ni.. Amin....