Showing posts with label MarriedLife. Show all posts
Showing posts with label MarriedLife. Show all posts

Perihal anak anak dan keluarga

Haiii..

Tetiba pagi ini rasa nak membebel dekat blog ni. Mengenangkan minggu depan nak celebrate our 3rd marriage anniversary. How time flies.. Dah dikurniakan 2 anak yang super lovely and sangat kami sayangi. Sangat bersyukur ya Allah dengan apa yang ada. Dan sangat berusaha untuk jaga amanah yang Allah berikan pada kami.. 

And next week juga, Azim will turn 2 years old. Abang azim we call him. Hmm dah membesar dengan sihat dan bijak.. Tapi, toddler kan macam biasala, tak mungkin la tak ada perangai yang kadang-kadang menguji kesabaran kami. Oh being a parent kadang-kadang memang kena banyak breath in and out. Oh anak sendiri kenala sabar lebih sikit kan. Tantrum 2 tu memang betul rasanya. Kena banyak tolerate dengan Azim. Lagi cabaran bila ayah dia balik lewat and mummy kena handle 1 toddler and 1 baby alone. Counting time je tunggu ayah balik before mummy bole mandi. Abang azim tu kadang-kadang saje menyakat Affiya tu.

Affiya pulak, dalam phase tak boleh tinggal, Dia nak main, tapi kita kena ada nearby. Haii anak mummy. Now dah masuk 7 bulan lebih. Phase nak merangkak. Memang laju budak kecil itu. Tapi tu la kena hati-hati sebab sekarang ni semua bende dia kutip nak masuk mulut. But she is cute baby. Rasa macam nak marah tak sampai hati. I mean baby girl is different from baby boy kan. Kalau boy kita nak dia jadi tough and everything, but for girl treatment pun berbeza. Ayah dia pun seem soft pada affiya. 

And husband, I know you are trying your best untuk keluarga. Memang bersyukur husband selalu utamakan me and anak-anak. Semoga berkekalan. Tapi kenala beri chance juga kadang-kadang untuk dia buat apa yang dia minat. Once in a while I'm ok je for him nak buat aktivit sukan dia tu. My husband memang sportman. Tapi sejak ada anak kecil ni dia memang banyak slow down dah. Sebab tu badan pun bertambah "sihat". Hahaha. Anyway thanks husband, I love you.

And also, sekarang selalu pergi tengok perkembangan rumah yang kami baru beli dekat Klang tu. Love that area sebab mostly melayu yang beli. Memang kawasan yang best untuk kami besarkan anak-anak insyaAllah. Sepatutnya serah kunci mid of 2016. Tapi maybe kami tak kan duduk dulu. Sayang our house now. 15minit je ke office. Kalau Klang, then we need 1 hour to travel to office. So maybe sewakan je la dulu rumah dekat Klang tu. Dalam 3,4 tahun lagi baru duduk sana. See how la.

Other than that, semua seems berjalan lancar alhamdulillah. 

Oh ya Allah, jadikan hambamu ini hamba yang bersyukur. Murahkan rezeki kami ya Allah..

Buatkan diri kami hamba yang sentitasa berasa lebih dengan apa yang dimiliki ya Allah. 

Amin.

Our first ramadhan

Alhamdulillah, ramadhan tahun ni datang lagi. Dan kali ni tahun pertama kami berpuasa sebagai suami isteri. Am excited. Konon2 nak jadi super isteri la. Masak utk berbuka n bersahur.. Sebab sepanjang kahwin ni, 3 bulan lebih je betul2 fit nak masak utk suamiku. Lps tu am pregnant and mabuk trk sampai bukan je masak, kemas rumah pn x larat...

Now dh 2nd trimester ni sihat banyak skit la. Nak cuba berpuasa and masak utk husband sepanjang ramadhan ni. Semoga dipermudahkan.. amin2..Setakat ni first dy cemerlang. Hehe.. Baru bersahur je,. Tapi dh masak mlm semalam utk makan pg ni. Pg ni bgn leh dadar telur lagi utk tambah lauk lagi. Eh dadar telur pn masak juga ye. Hehe.

Now, a little bit sleepy walaupun sempat tido sejam lepas sahur td.. Xpela br first dy kan, Badan perlukan masa nk adapt. Semoga tahun ni kami suami isteri dapat menjalani ibadah di bulan ramadhan dengan sempurna. amin2..

This weekend nak balik Melaka berbuka bersama family. Am excited tooo!