Dah habis belajar!

Alhamdulillah.. officially dah habis belajar since thesis dan bind and submit. Syukur ya Allah. 2 tahun setengah mengerah tenaga, otak nak habiskan belajar. And sampai to the end of it. Lega!. Kenapala tak habis awal2.. Hahahaa..

So perjalanan nak submit my thesis tak mudah. Masa minggu nak submit thesis for checking by examiner boleh pulak kena denggi. Hospitalized seminggu. Ambik kau. Nasib uni baik kasi postpone hantar seminggu. Merdeka sangat bila dah submit thesis tu. Lagi merdeka bila examiner tak suruh baiki banyak bende. Yohooo laju je pergi bind thesis. hehehe..


So here it is. Ye, my master thesis is about facebook yoo.. hehehe.. Not easy ko. Berapa kali collect data.., Beribu kali kot buka Facebook beratus2 bank and collect data. Berjela panjang.. Lepas tu supervisor reject, buat balik semula, reopen balik Facebook page tu beratus2 kali.. And collect data ni buat masa tengah sarat mengandung.. memang nak settlekan banyak bende before beranak kan kononnya..

So semua dah settle. Ops pending term paper pasal thesis ni je lagi. Tapi tu senang je., Copy and paste saja.. Malas nk buat lagi walaupun due date adalah next week. Hahahaa.. Alhamdulillah, dari bujang, bertunang, kahwin, mengandung and beranak study. Settle jugak akhirnya.

Semua yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah atas kelemahan diri sendiri. Alhamdulillah..

Kelahiran Muhammad Azim Dasuki

Well dah 2014 baru nk update pasal bith story ke?.. Dah banyak lupa dah kot.. So update sikit-sikit jela nampaknya..

Well pagi 2/11/2013, memang sakit tu dah datang every 15mins. Tapi masih tak sure nak pergi hospital ke tak. Malu oiii baru je discharge semalam. Hehee.. Lastt2 sampai menitis air mata so sah kena pergi hospital. Ok, off we go to hospital dalam pukul 9am macam tu..

Sampai hospital duduk lepak kat bawah dulu. Labor room untuk umsc di level 3.. Fikir ni betul ke sakit nak bersalin ni.. Hehe.. Last2 boleh ternampak my doktor, dr siti kt lobby.. Sah ni petanda.. Naik terus level 3, haha, masuk balik selepas semlm discharge dari situ..

Doktor datang and check bukaan. Dah 3.5cm. Syukur ada progress.. Sakit adalah sakittttt.. Tak tipu ye.. Then doktor nak pecahkan air ketuban untuk cepatkan. Tengah dia dok prepare barang, bussshhhh panas, air ketuban pecah dulu.. Lega ok.. Takut tengok besi tu.. Huhu.. Then sakittt,, doktor suggest ambil epi since ni anak pertama.. Try pakai gas tapiii tak berpaa kick.. Sakittt lagii.. Saya takuttt... Ok, agreeed to epi..

Doktor bius sampai.. Cuak gak sebab cucuk tulang belakang. Tak boleh gerak masa cucuk tu.. Lepas cucuk? Fuhhh terus tak sakit.. Contraction almost 100 pun relakk ke.. Syukurrrr...

So lepak,.. Petang dlm pukul 4 baru sakittttt rasa balik.. Perut mrmang dah turun banyak laa.. Doktor check bukaan, dah fully open. Ok, lepas dah semua ready, ready to pushhh.. Rasa sakit contraction tu walaupun ambil epi.. So pusshhhhhhh.. After 3 push, baby keluar, alhamdulillah..doktor nk gunting pun tak sempat sebab baby keluar dulu.. Baby azim selamat dilahirkan pada pukul 5.57pm, 2 november 2013 bersamaan 28 dhul hijjah 1434..

The best 1st wedding anniversary present.. Alhamdulillah.

.
.
.
.
.


3 November 2012....


Kepada bertiga - 2 November 2013