Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah dah selamat bersalin baby girl, 3.31kg at UMSC on 16 March 2015 (Overdue 2 hari). Perasaan sekarang? Sangat sangat happy dah jadi mother of two pada Muhammad Azim Dasuki dan latest addition, Affiya Nasuha.. :)

So my overdue story memang tragis jugak la..Menanti harti demi hari untuk bersalin sampai la ke tarikh EDD but still no sign. Oh masa tu memang phase agak panik and takut sebab doktor cakap akan induce if +8 tak bersalin lagi. Masa tu memang doa banyak2 semoga segalanya normal dan dipermudahkan untuk me and my baby girl.

So malam ahad tu dah set dalam mind, I need to go to work again on next morning. Sangat sedih ok sebab memang tak larat sangat nak kerja and fikir pasal kerja lagi. But still keep praying semoga selamat semuanya.. Akhirnya pagi isnin on 5am, tiba2 tersedar. Bila duduk je kat katil, terus rasa bushhh air keluar. Dari pembacaan memang dah agak ni mesti air ketuban. Macam happy gak sebab dah ada sign nak beranak. Terus lari ke bilik air. Tak sempat basah la katil, cuma kain batik je basah. So lepak dalam toilet dulu untuk digest. Lepas tu keluar lagi bushh.. Kuantiti dia tak la banyak sampai banjir, tapi boleh perasan la air tu keluar.

Terus panggil hubby cakap air ketuban dah keluar ni. Dia relak je. Tanya dah nak pergi hospital dah ke. Ok, I pun relak lagi masa ni. Cakap kat husband kita keluar pukul 7 lah, Hantar azim terus. Mandi, solat and air masih keluar sikit2. And dah mula rasa sakit. Macam risau pulak sebab tak ada pengalaman air ketuban keluar dulu ni. Last2 pukul 6lbh dah keluar rumah. Call pengasuh cakap nak hantar anak awal sikit sebab nak beranak. Then terus pergi cari breakfast dulu sebab tau nak kena ada energy untuk meneran nanti.. So off to mamak. Dekat mamak makan tak ingat. 2 biji telur tiga suku masak, nasi goreng and milo ais. Main telan je sebab tau I need the energy. Sampai makan sambil tahan sakit. Sakit dah datang every 5 minit tapi still boleh tahan la sakitnya..

Pukul 7 lbh sampai UMSC. Jumpa nurse cakap saya nak beranak ni, air ketuban dah pecah. Teruslah kena admit kan. Straight to labor room. Pukul 9 doctor datang and teruslah check bukaan. 5cm. Terus tanya doctor boleh tak nak ambil epi. Ampun, saya takut sakit. So doctor cakap sempat lagi. Tak lama lepas tu doctor lain datang and beri epi. Terus sakit hilang. Senyum.. Dalam pukul 12, parent from kuantan pulak datang. Lepas je salam2 diorang, terus rasa macam dah rasa kena teran. Bila pakai epi, kita memang tak sakit tapi bila dekat hujung2 tu dah boleh rasa dia punya sting tu. Susah nak describe. So doctor datang check dah fully dilated. Ready to push.

Alhamdulillah, masa tu baru lepas azan zohor, pukul 1.38pm, baby Affiya Nasuha selamat dilahirkan. Dipermudahkan urusan bersalin. Affiya keluar2 je terus buka mata and nangis. Dia macam tembam sangat masa keluar, Macam tak percaya baby dah keluar dari perut masa tu. Happy sangat2 :)


Baby Affiya and mummy. Ni dalam labor room lagi ni. Nurse suruh rest dulu before tolak to ward

Baby Affiya Nasuha, 3.31kg (16 March 2015)