Perut gatal semasa mengandung

Pernah tak alami perut gatal semasa mengandung? Terutama bila trimester akhir ni... Kadang-kadang sampai tak tahan sangat perasaan merenyam ni.. Huhu..

So memang masa siang akan cuba tahan gatal tu and paling tidak pun akan gosok-gosok je perut untuk hilangkan rasa gatal tu.. Tapi not working pun. Lebih kena bersabar..

Plus, ada few suggestion kena letak minyak kat perut untuk hilangkan perasaan merenyam tu, tapi nooooo still not working wooo...

Diri sendiri punyala control jangan beria sangat menggaru waktu siang kan.. TIba je waktu malam tengah tidur, oh my rupanya tangan berjalan sendiri garu perut.. wah sedapp nyaa menggaru.. If hubby tersedar dia akan tolong alihkan tangan ku.. Adoi bini dia baru je sedap menggaru..

And, selalu tempat yang gatal tu anak naik biji kecil. Well sebiji je naik tapi gatal dia, ya ampunnnn.. Sabar is the only key.

So now dah masuk 31 minggu. Semoga dipermudahkan urusan and sabar menghadapi cabaran gatal ni.. Saya tiada tips dah nak kongsi kecuali SABAR!.

Tips mengatasi masalah kaki cramp semasa mengandung

Sebelum ni, sejak masuk dalam trimester kedua, kaki selalu sangat cramp terutama masa bangun pagi-pagi hari.. Kiranya memang tiap2 pagi masa mengandung ni akan bangun dengan menjerit kesakitan.. Wohooo.. Hubby macam biasala lepas isteri menjerit terus bangun urutkan.. Kadang-kadang jadi tengah2 malam. Tahap sakit yang memamg tak boleh tahan dah wooo.. huhu..

Dalam minggu lepas jumpa sedara.. Baru la dia ada ajar macam mana nak elakkan cramp terutama waktu bangun pagi.. Weh selama ni puas google tips untuk elakkan cramp tak de plak orang kasi idea yang bernas ni..

Caranya mudah je.. Kaki akan cramp bila kita cuba stretch kaki kita bila bangun pagi.. Actually its normal untuk semua orang bila bangun pagi akan mengeliat dan stretch kan seluruh badan. So masa mengandung jangan buat ni ye.. Bila sedar tu gerakkan semua anggota perlahan-lahan.. Jangan stretch kan kaki. And it works!. Bila x stretch kan kaki memang tak akan cramp.. Kadang-kadang terlupa pergi stretch kan kaki terusla cramp balik kaki tu.. Tapi bila berhenti cepat je cramp tu akan stop. If I knew this earlier.

So ibu-ibu mengandung sekali, ingat tau masa bangun tido bangun dengan tenang. Gerakkan kaki slow-slow. Lepas tu pijak lantai slow-slow. InsyaAllah dapat mengelakkan masalah cramp ni..

Minyak naik lagi sept 2013

Nampaknya ura-ura jadi kenyataan. Dah agak harga minyak akan naik selepas pilihanraya. Dah banyak tabur kenala kutip hasil balik. Itu normal. Let just not blame anyone. Duit dah banyak habis kenalah topup balik. Macam ni berniaga baru untung :)

Paling lawak menteri pendalaman tweet kalau bole pakai kereta mesti lah mampu bayar minyak. Orang kampung ramai tiada kereta. Hehe.. Ok cuba bandingkan situasi ni

a- Pasangan A duduk kampung pakai motor dan tiada kereta sebab kerja dekat rumah and duduk rumah pusaka dengan pendapatan 2000 sebulan ( laki kerja jaga n bini kerja kilang). Anak 2 orangla katakan. Tiap tahun dapat brim. Almaklumla gaji bawah rm3k.

b- Pasangan B duduk KL pakai kereta kancil dan sebiji motor. Bini pergi kerja naik kereta sebab nak anta anak ke pengasuh. Rumah mereka sewa flat 400 sebulan (2 bilik).  Gaji suami isteri 4000 sebulan ( anggaran 2000 sorg, lepasan diploma). Lepas tolak kwsp and potongan lain tinggalla 3400 je pun.. Anak ada 4orang. Diorg tak dapat brim sebab gaji TINGGI. Lagi minyak naik diorg dikira golongan mampu nak bayar minyak tu.

So siapa lagi senang?

Inilah realiti kehidupan di BANDAR! Kos hidup tinggi. So boleh agak tak apa isunya? Jangan pejam mata sebab ini bukan masalah anda, anda n anda. 

Fikir-fikirkanlah. Jangan sebab kita mampu, kita tak fikirkan nasib orang lain. 

Surah untuk ibu mengandung

Sharing is caring. Surah Al-Ahqaaf 46:15. Elok diamalkan bakal2 ibu.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".


Beli barang pantang di Chow Kit

Alhamdulillah, setakat ni semua barang2 baby dh berjaya beli. Dah siap basuh semua and pack some dalam bag hospital. Tapi rasa mcm nk beli diaper bag la sebab banyak sangat yg cantik2 dalam pasaran. Akan cari nanti. hehe..

So last weekend, ajak hubby pergi cari barang2 untuk mummy nya plak. Barang baby semua dh beli tapi barang mummy nya langsung xde lagi. My plan ialah nk berpantang secara sihat n sederhana. Cewah.. So antara checklist item:-

1) Set Berpantang Shaklee 
a. Vita Lea (multivitamin) - Done order
b. B-Complex with Asid Folic - Done order
c. Vita-C - Done order
d. Zinc - Done order
e. ESP + Alfafa - X order lagi. Nak cuba dulu makan vitamin lain nak tgk keserasian produk ni with me

2) Nona Rogay Herbaneka Lulur - Ramai recommend produk ni tapi masalahnya dia x de jual satu2 so kena beli 1 set berpantang NR. So pending dlu. Maybe cuba cr produk lain yang ada jual lulur je. Mustika Ratu banyak lulur tapi x reti nak beli mana satu. So pending for google

3) Krim mustajab - Beli 2 pek yang bsr tu. Kena kurus!

4) Solcoseryl Gel (Beli kt pharmacy utk keringkan luka jahitan) - Xbeli lagi, dari hasil google katanya ubat ni bagus, cepat kering 

5) Tungku besi - Tempah dari adik ipar dari Kedah tp dia cuba pergi beli hari tu katanya kedai tu dh tutup. So decide nak cari kt Chow kit lain kali

6) Brown Soap TANAMERA (Untuk hilangkan daki2 sel2 mati) - Xbeli lagi

So semua barang yg nak dibeli ni ada di chow kit. Cuma tungku and lulur je x beli lagi. Kena buat research skit dlu. Suka buat research before beli apa2 barang terutama bila xde experience lagi dalam hal2 ni. And xberani nak makan jamu for berpantang sebab takut panas and effect susu nak kasi pada baby. My mum pn katanya pantang x makan jamu pn. Cuma jaga pemakanan je. Sbb tu decide ambil vitamin shaklee je nak tambah tenaga..

And my parent dh carikan makcik untuk jaga me masa pantang nanti. So herba2, pilis2 tu dia akan prepare la. Cuma tinggal bayar jela..

Braxton hicks masa minggu 30

Dah mula rasa symptom braxton hicks ni semalam. Berdasarkan pembacaan symptom ni selalu terjadi during third trimester. Hmm, mula2 rasa baby aktif sangat. Kick sana sini, sampai senget2 my perut. And baby A (ye dh finalize name) paling suka kick side kiri mummy dia which is kt tulang pinggul rasanya. memang sakit woo. tp sabar jela. Syukur baby A aktif kan?.

So bila baby A dh start aktif, tiba2 perut mengeras.. Aduhaii.. Lama gak dlm 3,4 minit then dia stop.. Xlama tu datang balik symptom tu.. So based on my reading, tu maknanya uterus mengeras sebagai persedian untuk baby buka laluan nanti.. So kontraksion pn rasa mcm ni gak t =p worst of course!. So cara nak ilangkan sakit, masuk tido. Dengan harapan bgn pagi dah x sakit.. Sakit perut sampai sakit kepala datang..

Pagi ni bangun tido dah x sakit dah. Tapi baby masih aktif mcm semalam. X tido ke dia?.  And till now kepala masih sakit. Sabar jela. Lunch hour nanti rasa nak balik rumah je tido.

Hopefully baby A is doing fine. Lagi 10 minggu kita nak jpa. Or maybe earlier only Allah know. Tapi come out when u r matured enough ye. Love u baby A!