Beli barang pantang di Chow Kit

Alhamdulillah, setakat ni semua barang2 baby dh berjaya beli. Dah siap basuh semua and pack some dalam bag hospital. Tapi rasa mcm nk beli diaper bag la sebab banyak sangat yg cantik2 dalam pasaran. Akan cari nanti. hehe..

So last weekend, ajak hubby pergi cari barang2 untuk mummy nya plak. Barang baby semua dh beli tapi barang mummy nya langsung xde lagi. My plan ialah nk berpantang secara sihat n sederhana. Cewah.. So antara checklist item:-

1) Set Berpantang Shaklee 
a. Vita Lea (multivitamin) - Done order
b. B-Complex with Asid Folic - Done order
c. Vita-C - Done order
d. Zinc - Done order
e. ESP + Alfafa - X order lagi. Nak cuba dulu makan vitamin lain nak tgk keserasian produk ni with me

2) Nona Rogay Herbaneka Lulur - Ramai recommend produk ni tapi masalahnya dia x de jual satu2 so kena beli 1 set berpantang NR. So pending dlu. Maybe cuba cr produk lain yang ada jual lulur je. Mustika Ratu banyak lulur tapi x reti nak beli mana satu. So pending for google

3) Krim mustajab - Beli 2 pek yang bsr tu. Kena kurus!

4) Solcoseryl Gel (Beli kt pharmacy utk keringkan luka jahitan) - Xbeli lagi, dari hasil google katanya ubat ni bagus, cepat kering 

5) Tungku besi - Tempah dari adik ipar dari Kedah tp dia cuba pergi beli hari tu katanya kedai tu dh tutup. So decide nak cari kt Chow kit lain kali

6) Brown Soap TANAMERA (Untuk hilangkan daki2 sel2 mati) - Xbeli lagi

So semua barang yg nak dibeli ni ada di chow kit. Cuma tungku and lulur je x beli lagi. Kena buat research skit dlu. Suka buat research before beli apa2 barang terutama bila xde experience lagi dalam hal2 ni. And xberani nak makan jamu for berpantang sebab takut panas and effect susu nak kasi pada baby. My mum pn katanya pantang x makan jamu pn. Cuma jaga pemakanan je. Sbb tu decide ambil vitamin shaklee je nak tambah tenaga..

And my parent dh carikan makcik untuk jaga me masa pantang nanti. So herba2, pilis2 tu dia akan prepare la. Cuma tinggal bayar jela..

No comments:

Post a Comment