8mo++ Affiya Nasuha

Hai Affiya Nasuha.. Mummy disini.. Hehehe. Love u so much baby girl. Saje hari ni rasa nak tulis pasal progress Affiya. Mummy too busy nak update progress Affiya.


So in 8 mo Affiya @ Adik Piya dah boleh:

1. Merangkak (masih senget-senget lagi. macam merangkak guna sebelah lutuu, sebelah lagi guna tapak kaki,, lawak.. asyik tukar tukar kaki)
2. Berdiri for few second (achievement unlock). laju compare dengan abang azim. dulu abang azim berdiri masa 9 bulan. Itu pun mummy dah kagum sangat dah.
3. Suka makan bubur nasi yang mummy masak. Macam-macam bubur dah mummy beri. Semua ok. Alhamdulillah, tak memilih makanan adik piya ni.
4. Masih fully breastfeed, alhamdulillah.. tapi..
5. Kadang-kadang datang mood dia tak nak hisap susu botol. Takpe mummy akan cari jalan. Beli lagi botol brand lain
6. Suka senyumm. Agah je senyum.. Tak pun gelak. Sangat cantik.. love you sayang
7. Baik dengan abang azim dia. Suka follow abang azim main apa dia pun nak join. Lepas tu nangis bila abang azim rampas balik mainan yang dia pegang. 
8. Memilih orang. Hanya certain orang je boleh dukung dia. Else dia nangis. Tak peramah sangat macam abang azim. Cuma yang tetap dia nak hanya mummy, ayah n ibu habsah dia. Yang lain sekejap sangat bole pegang.
9. Enzema dia makin ok. Kadang-kadang je naik sikit-sikit dekat pipi. Tapi belakang kepala masih merah-merah
10. Kalau nangis je ngamuk mesti menggaru kepala. Hehehe. Mengantuk pun menggaru kepala. Cara lepas geram kot.
11. Suka makan. Orang makan dia pun nak makan.
12. Nampak je ayah tak sabar nak suruh ayah dukung. Simptom anak-anak manja ayah. Sama macam abang azim. huhu..
13. Ada dua batang gigi bahagian bawah :)

Membesar dengan sihat, hebat dan gembira ya sayang. Love you Affiya.

Perihal anak anak dan keluarga

Haiii..

Tetiba pagi ini rasa nak membebel dekat blog ni. Mengenangkan minggu depan nak celebrate our 3rd marriage anniversary. How time flies.. Dah dikurniakan 2 anak yang super lovely and sangat kami sayangi. Sangat bersyukur ya Allah dengan apa yang ada. Dan sangat berusaha untuk jaga amanah yang Allah berikan pada kami.. 

And next week juga, Azim will turn 2 years old. Abang azim we call him. Hmm dah membesar dengan sihat dan bijak.. Tapi, toddler kan macam biasala, tak mungkin la tak ada perangai yang kadang-kadang menguji kesabaran kami. Oh being a parent kadang-kadang memang kena banyak breath in and out. Oh anak sendiri kenala sabar lebih sikit kan. Tantrum 2 tu memang betul rasanya. Kena banyak tolerate dengan Azim. Lagi cabaran bila ayah dia balik lewat and mummy kena handle 1 toddler and 1 baby alone. Counting time je tunggu ayah balik before mummy bole mandi. Abang azim tu kadang-kadang saje menyakat Affiya tu.

Affiya pulak, dalam phase tak boleh tinggal, Dia nak main, tapi kita kena ada nearby. Haii anak mummy. Now dah masuk 7 bulan lebih. Phase nak merangkak. Memang laju budak kecil itu. Tapi tu la kena hati-hati sebab sekarang ni semua bende dia kutip nak masuk mulut. But she is cute baby. Rasa macam nak marah tak sampai hati. I mean baby girl is different from baby boy kan. Kalau boy kita nak dia jadi tough and everything, but for girl treatment pun berbeza. Ayah dia pun seem soft pada affiya. 

And husband, I know you are trying your best untuk keluarga. Memang bersyukur husband selalu utamakan me and anak-anak. Semoga berkekalan. Tapi kenala beri chance juga kadang-kadang untuk dia buat apa yang dia minat. Once in a while I'm ok je for him nak buat aktivit sukan dia tu. My husband memang sportman. Tapi sejak ada anak kecil ni dia memang banyak slow down dah. Sebab tu badan pun bertambah "sihat". Hahaha. Anyway thanks husband, I love you.

And also, sekarang selalu pergi tengok perkembangan rumah yang kami baru beli dekat Klang tu. Love that area sebab mostly melayu yang beli. Memang kawasan yang best untuk kami besarkan anak-anak insyaAllah. Sepatutnya serah kunci mid of 2016. Tapi maybe kami tak kan duduk dulu. Sayang our house now. 15minit je ke office. Kalau Klang, then we need 1 hour to travel to office. So maybe sewakan je la dulu rumah dekat Klang tu. Dalam 3,4 tahun lagi baru duduk sana. See how la.

Other than that, semua seems berjalan lancar alhamdulillah. 

Oh ya Allah, jadikan hambamu ini hamba yang bersyukur. Murahkan rezeki kami ya Allah..

Buatkan diri kami hamba yang sentitasa berasa lebih dengan apa yang dimiliki ya Allah. 

Amin.

Year of 2015 Update

Hai... Assalamualaikum..

Dah masuk Q4 of 2015. Cepatnya masa berlalu tahun ni. And tak ada kesempatan nak update blog pun. Well can blame instagram sebab I update everything in my insta. Not too many follower compare to FB and much more privacy for me. 

Affiya Nasuha dah 6 month++. Alhamdulillah, sihat anak mummy sorang tu. And suka tersenyum. Agah je senyum. But hanya oleh orang yang dia kenal. Sebab this girl memilih sikit. Orang lain boleh pegang kejap-kejap je. Tak macam abang azim dia yang peramah je dengan semua orang. And abang azim pun alhamdulillah sihat. Dah nak mula bercakap. Banyak dah word dia pickup. Tapi kadang-kadang membebel dalam bahasa dia lah. Mummy iye kan ajelah.. Love u anak-anak mummy :)

And kerjaya wise, hmmm.. Ok tahun ni memang ramai sangat kawan-kawan and bos resign. I is sad. Sedih sebab dah tak sama environment. This year agak mencaabar untuk company kami. For me, I will stay tapi tengokla if ada peluang datang depan mata, then I will grab it. And sekarang memang busy dengan project. Syukur, I love doing project. Makcik dah pencen dengan programming. I LOVE programming tapi cukuplah tu. It's time for me to challenge myself to do something different than my  area of expertise. 

That is all for now.


Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah dah selamat bersalin baby girl, 3.31kg at UMSC on 16 March 2015 (Overdue 2 hari). Perasaan sekarang? Sangat sangat happy dah jadi mother of two pada Muhammad Azim Dasuki dan latest addition, Affiya Nasuha.. :)

So my overdue story memang tragis jugak la..Menanti harti demi hari untuk bersalin sampai la ke tarikh EDD but still no sign. Oh masa tu memang phase agak panik and takut sebab doktor cakap akan induce if +8 tak bersalin lagi. Masa tu memang doa banyak2 semoga segalanya normal dan dipermudahkan untuk me and my baby girl.

So malam ahad tu dah set dalam mind, I need to go to work again on next morning. Sangat sedih ok sebab memang tak larat sangat nak kerja and fikir pasal kerja lagi. But still keep praying semoga selamat semuanya.. Akhirnya pagi isnin on 5am, tiba2 tersedar. Bila duduk je kat katil, terus rasa bushhh air keluar. Dari pembacaan memang dah agak ni mesti air ketuban. Macam happy gak sebab dah ada sign nak beranak. Terus lari ke bilik air. Tak sempat basah la katil, cuma kain batik je basah. So lepak dalam toilet dulu untuk digest. Lepas tu keluar lagi bushh.. Kuantiti dia tak la banyak sampai banjir, tapi boleh perasan la air tu keluar.

Terus panggil hubby cakap air ketuban dah keluar ni. Dia relak je. Tanya dah nak pergi hospital dah ke. Ok, I pun relak lagi masa ni. Cakap kat husband kita keluar pukul 7 lah, Hantar azim terus. Mandi, solat and air masih keluar sikit2. And dah mula rasa sakit. Macam risau pulak sebab tak ada pengalaman air ketuban keluar dulu ni. Last2 pukul 6lbh dah keluar rumah. Call pengasuh cakap nak hantar anak awal sikit sebab nak beranak. Then terus pergi cari breakfast dulu sebab tau nak kena ada energy untuk meneran nanti.. So off to mamak. Dekat mamak makan tak ingat. 2 biji telur tiga suku masak, nasi goreng and milo ais. Main telan je sebab tau I need the energy. Sampai makan sambil tahan sakit. Sakit dah datang every 5 minit tapi still boleh tahan la sakitnya..

Pukul 7 lbh sampai UMSC. Jumpa nurse cakap saya nak beranak ni, air ketuban dah pecah. Teruslah kena admit kan. Straight to labor room. Pukul 9 doctor datang and teruslah check bukaan. 5cm. Terus tanya doctor boleh tak nak ambil epi. Ampun, saya takut sakit. So doctor cakap sempat lagi. Tak lama lepas tu doctor lain datang and beri epi. Terus sakit hilang. Senyum.. Dalam pukul 12, parent from kuantan pulak datang. Lepas je salam2 diorang, terus rasa macam dah rasa kena teran. Bila pakai epi, kita memang tak sakit tapi bila dekat hujung2 tu dah boleh rasa dia punya sting tu. Susah nak describe. So doctor datang check dah fully dilated. Ready to push.

Alhamdulillah, masa tu baru lepas azan zohor, pukul 1.38pm, baby Affiya Nasuha selamat dilahirkan. Dipermudahkan urusan bersalin. Affiya keluar2 je terus buka mata and nangis. Dia macam tembam sangat masa keluar, Macam tak percaya baby dah keluar dari perut masa tu. Happy sangat2 :)


Baby Affiya and mummy. Ni dalam labor room lagi ni. Nurse suruh rest dulu before tolak to ward

Baby Affiya Nasuha, 3.31kg (16 March 2015)

39 weeks ++

Oh ya Allah. Lamanya dah rasanya aku mengandung ni. Hehehe.. And situasi hari ni. Sihat sejahtera as if memang lambat lagi nak beranak. Hahaha.

Ok nampak je gelak tapi hati ni. Tertanya-tanya bilalah nak beranak. Bilalah dapat jumpa anak perempuan mummy ni. Ok ke tak baby duduk dalam perut mummy tu. The big concern is hoping baby adalah selamat sejahtera sehinggalah selamat keluar dari perut mummy and lahir sihat sempurna segala-galanya. Apa lagi doa seorang mummy kan..

Sekarang ni phase me merajuk dengan semua orang. Janganla tanya kenapa baby tak keluar lagi. I dont have the answer for that. Kun fa ya kun. Dah Allah tak izinkan lagi so me, hubby, family tunggu jelah. And wait for the doctor update on tomorrow checkup. Selalunya kalau nak dekat bersalin kita akan rasa sakit2 kan, but this time nothing. Rasa sihat sejahtera sangat2 ni. Sedangkan due date adalah lagi 5 hari. Oh ya Allah, sangat berharap janganlah overdue dan janganlah sampai kena induce or anything that lead to something scary  T______T

I adalah sangat takut sebenarnya. Takut sakit nak bersalin dah satu hal. Ni takut overdue plak. Oh Allah permudahkan lah urusan hambamu ini. Kesian pada orang sekeliling. Dah rasa diri ni menyusahkan diorang je.. T_____T

Ops lupa nak update, on 38 weeks checkup doctor cakap kepala baby dah turun and dah ada bukaan 2cm. Doctor cakap maybe bersalin dalam waktu terdekat. But nampaknya belum masanya lagi. Oh sabarlah.


39 weeks ++

The false alarm

The false alarm. Again. Sama je macam nak beranakkan Azim dulu..

Last friday, satu cerita yang lawak tak lawak happen. Ok during lunch hour on that friday, pergi uruskan hal claim kwsp for our new house. Alhamdulillah, semua dah settle. Tinggal nak keluarkan duit from kwsp je. Niatnya nak masukkan duit tu dalam asb je sementara tunggu rumah siap..

So husband pergi solat jumaat and I pergila sorang2 urusakan hal di kwsp jalan raja laut tu. So tengah hari tu memangla tersangat panas kan. Memang parking belakang kwsp tapi kena jalan jugakla sikit kan ke bangunan tu. Bila dah settle jalan pulak ke bangunan hq cimb yang selang 1 blok from kwsp for lunch. Situ best sikit lunch sebab jumaat tak ramai and paling penting ada aircond.

So lepakla tunggu husband dengan cafe tu. Dah mula rasa very mid contraction. So dalam hati fikir, maybe sebab jalan banyak sangat so okla sakit sikit2. Tapi ini memang berbeza dengan sakit biasa. Sebab sakit dia start dari lenguh pinggang tarik ke perutt.. and lasted for 10-20 second macam tu.. So ignore lagi. Tapi dalam masa tu jeling2 jugak jam sebab nak time masa mild contraction tu.

Pukul 3 selamat sampai office. Cakap dengan husband macam sakit perut je ni.. And memang consisten every 10 minute. Tapi skala sakit tu masa tu dalam 2/10. So boleh tahan lagi.. Masuk office, sakit berterusan. Setiap 10 minutes je contraction datang. Cuka fikir ni tanda nak beranak ke. Masa azim dulu keluar tanda coklat macam gam tu. So bolehla detect terus simtom nak beranak. Yang ni cuma contraction je setiap 10 minit. Masa tu sakit dh bertambah to 4/10 la skala dia. So start asking around kawan2 office. Diorang cakap memang kadang2 tak keluar tanda, Just contraction. Semua suggest suruh balik. Decide tunggu lgi sejam untuk monitor. Pukul 4 lebih masih lagi contraction tetap every 10 minit. Ok no tak boleh jadi, Terus call husband ajak balik. Takut terberanak or terpecah ketuban dekat office. Segan plak nanti.

So balikla kami dari office. Lepas tu fikir nak pergi hospital ke tak. Sakit ni memang consisten je masa tu. Cakap dengan husband pergi makan2 dlu la nearby hospital sebab nak make sure betul2 ke sakit nak beranak ni. Minta dikma pergi ambil Azim dari rumah pengasuh petang tu. So pergi la makan2 and jalan2 dekat jaya grocer berdekatan dengan umsc tu.. And sakit masih consisten. Contraction dah sampai 5/10. Memang dah berpeluh2 dalam shopping mall tu tahan contraction. Cakap dengan husband oklah, memang kena pergi hospital ni. Terus rasa cuak.. Masuk je kereta nak gerak ke hospital, tiba2 rasa macam contraction dah slow. Tak berpeluh2 dah. Sampai je hospital yillek, tarrak. Not even 1 contraction dalam masa 20minit duduk lepak dekat parking hospital tu.. Hoihhh sedih.. Dah kenapa plak ni. Sakit biasa2 je, tak progressive and consistent. 

Hmm nak tunggu apa lagi dekat hospital. Tak mau warded kalau tak nak beranak lagi. Lagipun tak de pecah air ketuban or keluar darah lagi pun. So balikla semula ke rumah. Sedihhh. Sebab macam dah tak sabar nak beranak jugak sebenarnya. Adakah baby macam mummy dia. Pergi hospital terus sihat.. Aduh nampaknya baby suka sangat lepak dalam perut mummy lagi. Tak ready nak keluar lagi..

Sepanjang weekend tunggu jugak contraction datang lagi tapi cuma ada mild contraction je. And tak tetap. Sabar jelah kan. Dah ini takdirnya. 

Baby, mummy sabar menunggu. Tapi mummy dah penat sangat kerja. So maybe akan ambil mc je lepas jumpa doktor on next checkup. 

37 weeks ++

Alhamdulillah.. Good milestone. Insya Allah dah selamat untuk lahirkan baby #2.

Ohh sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa. Just sekarang ni rasa tak larat sangat nak kerja.. Betul2 rasa nak rehat je.. Oh baby.. marilah kita. Mummy dah ready.. Rasa macam tak sabar nk rehat je rasanyaa.. Rasa macam nak apply cuti je sementara tunggu untuk bersalin. Otak dah freeze nak fikir banyak2..

Pentanda? Last week checkup, doktor cakap kepala baby dah turun ke bawah.. Lega sangat-sangat sebenarnya. Hopefully progressing lah hendaknya. Sebab mummy dah tak larat nak pergi kerja ni..

Tanda-tanda lain memangla kadang2 sakit perut tapi still false alarm sebab tak progressive sakit tu. Kadang2 cibir tapi lepas tu stop.. Tanda2 lain tak ada lagi kot.. Adakah lambat lagi. omg kena cari semangat nak kerja nampaknya (ada semangat lagi ke?)....

Macam mana pun harap adik baby dilahirkan dengan selamat and urusan bersalin dipermudahkan dan normal segala-galanyaa.. Am hoping for smooth delivery and recovery, amin.

35 weeks ++

Alhamdulillah..Dah sampai 35w++. Oh how time flies kan. Pregnancy kali ni memang agak pantas. Mungkin sebab memang sangat busy dengan kerja and of course busy dengan anak lelaki kesayangan mummy sorang tu (Azim, I love you so much ok).

And now we are in the middle of processing the purchase of our new house.. Tunggu lawyer untuk prepare SNP and if no issue, boleh la sign. Hope semua settle before I beranak. Kali ni memang buat big decision dalam beli property. Sebabnya, I pakai staff loan ye. Hahaa. Memang tak sangka akan ambil this step. Sebabnya setelah berkali2 kira and fikir, memang beza jauh staff loan and loan dari bank luar.. I can save almost 300-400 per month. Err macam rugi je tak pakai kan sementara masih kerja disini. And of course, if one day dapat peluang kerja yang lebih baik, I can always refinance. No issue on that.

Ok sebenarnya dah tak sabar nak beranak. Sebab?. kerja banyak sangat kau.. Nak sangat new challenge kan.. Sekarang you get what you want lah.. Hehe. Apa2 pun am very grateful dah tukar team ni. Banyak sangat belajar bende baru and my teammate memang awesome! Alhamdulillah. Hope all went well for my career. Amin-amin.

Eh busy cerita pasal bende lain pulak kan. Actually nak cerita pasal pregnancy. Hehee. 

And barang-barang baby alhamdulillah dah settle. Even bag hospital pun dah ready dalam kereta. In case kena gerak ke hospital dengan pantas kan. Baby banyak inherit barang abang Azim, tapi mummy memang selective, dont worry. Yang elok je mummy pass down. Because I love you so much too baby girl. You know that we're going to spoil you with girly stuff. So dont worry ok. Sekarang ni pun semua barang pink je mummy and ayah belikan.. :)

And semoga urusan beranak kali ni dipermudahkan.. Amin-amin..

New year 2015

Alhamdulillah, masih diberikan umur untuk masuk ke tahun 2015. Syukur ya Allah atas segalanya2nya.. Keluarga, kesihatan, kewangan, dan semuanya.. 

Setakat ni 2015 telah membawa banyak sangat berita gembira. Semoga Allah beri kebaikan dan gembirakan hati ku, family ku, semua kawan-kawan ku and semua umat islam di dunia ni. Banyak yang berubah sempena 2015.

1. Berjaya booking rumah (baru booking, loan tak approve lagi, hehe) yang akhirnya berkenan di hati ni. Setahun ok round kl, selangor and cari landed property. And rumah tu still under construction and expect to be ready on May 2016. Semoga dipermudahkan urusan mendapatkan loan ni.

2. Finally dah tukar team. One of my mission for 2015 adalah nak tukar my career path. Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku. Still report to the same bos, cuma tuka portfolio. Join new project. Seems very interesting and sekarang dah mula study about the new system. Best. I love the feeling bila dapat belajar bende baru. Semoga dipermudahkan lah urusan aku dalam team and semoga tambah success lagi. Amin,

3. Pregnancy now dah masuk 30weeks++. Expected 8 minggu lagi bersalin la diriku, insya Allah. Setakat ni kesihatan baik. Syukur sangat sangat. Hope baby girl dilahirkan dengan selamat, sihat segalanya.. Amin amin..

Next, just focus untuk career and family. I just want to be happy. That is all. Amin amin..