The false alarm. Again. Sama je macam nak beranakkan Azim dulu..
Last friday, satu cerita yang lawak tak lawak happen. Ok during lunch hour on that friday, pergi uruskan hal claim kwsp for our new house. Alhamdulillah, semua dah settle. Tinggal nak keluarkan duit from kwsp je. Niatnya nak masukkan duit tu dalam asb je sementara tunggu rumah siap..
So husband pergi solat jumaat and I pergila sorang2 urusakan hal di kwsp jalan raja laut tu. So tengah hari tu memangla tersangat panas kan. Memang parking belakang kwsp tapi kena jalan jugakla sikit kan ke bangunan tu. Bila dah settle jalan pulak ke bangunan hq cimb yang selang 1 blok from kwsp for lunch. Situ best sikit lunch sebab jumaat tak ramai and paling penting ada aircond.
So lepakla tunggu husband dengan cafe tu. Dah mula rasa very mid contraction. So dalam hati fikir, maybe sebab jalan banyak sangat so okla sakit sikit2. Tapi ini memang berbeza dengan sakit biasa. Sebab sakit dia start dari lenguh pinggang tarik ke perutt.. and lasted for 10-20 second macam tu.. So ignore lagi. Tapi dalam masa tu jeling2 jugak jam sebab nak time masa mild contraction tu.
Pukul 3 selamat sampai office. Cakap dengan husband macam sakit perut je ni.. And memang consisten every 10 minute. Tapi skala sakit tu masa tu dalam 2/10. So boleh tahan lagi.. Masuk office, sakit berterusan. Setiap 10 minutes je contraction datang. Cuka fikir ni tanda nak beranak ke. Masa azim dulu keluar tanda coklat macam gam tu. So bolehla detect terus simtom nak beranak. Yang ni cuma contraction je setiap 10 minit. Masa tu sakit dh bertambah to 4/10 la skala dia. So start asking around kawan2 office. Diorang cakap memang kadang2 tak keluar tanda, Just contraction. Semua suggest suruh balik. Decide tunggu lgi sejam untuk monitor. Pukul 4 lebih masih lagi contraction tetap every 10 minit. Ok no tak boleh jadi, Terus call husband ajak balik. Takut terberanak or terpecah ketuban dekat office. Segan plak nanti.
So balikla kami dari office. Lepas tu fikir nak pergi hospital ke tak. Sakit ni memang consisten je masa tu. Cakap dengan husband pergi makan2 dlu la nearby hospital sebab nak make sure betul2 ke sakit nak beranak ni. Minta dikma pergi ambil Azim dari rumah pengasuh petang tu. So pergi la makan2 and jalan2 dekat jaya grocer berdekatan dengan umsc tu.. And sakit masih consisten. Contraction dah sampai 5/10. Memang dah berpeluh2 dalam shopping mall tu tahan contraction. Cakap dengan husband oklah, memang kena pergi hospital ni. Terus rasa cuak.. Masuk je kereta nak gerak ke hospital, tiba2 rasa macam contraction dah slow. Tak berpeluh2 dah. Sampai je hospital yillek, tarrak. Not even 1 contraction dalam masa 20minit duduk lepak dekat parking hospital tu.. Hoihhh sedih.. Dah kenapa plak ni. Sakit biasa2 je, tak progressive and consistent.
Hmm nak tunggu apa lagi dekat hospital. Tak mau warded kalau tak nak beranak lagi. Lagipun tak de pecah air ketuban or keluar darah lagi pun. So balikla semula ke rumah. Sedihhh. Sebab macam dah tak sabar nak beranak jugak sebenarnya. Adakah baby macam mummy dia. Pergi hospital terus sihat.. Aduh nampaknya baby suka sangat lepak dalam perut mummy lagi. Tak ready nak keluar lagi..
Sepanjang weekend tunggu jugak contraction datang lagi tapi cuma ada mild contraction je. And tak tetap. Sabar jelah kan. Dah ini takdirnya.
Baby, mummy sabar menunggu. Tapi mummy dah penat sangat kerja. So maybe akan ambil mc je lepas jumpa doktor on next checkup.
Oke kak seru sekali ya ?
ReplyDelete