Tips mengatasi masalah kaki cramp semasa mengandung

Sebelum ni, sejak masuk dalam trimester kedua, kaki selalu sangat cramp terutama masa bangun pagi-pagi hari.. Kiranya memang tiap2 pagi masa mengandung ni akan bangun dengan menjerit kesakitan.. Wohooo.. Hubby macam biasala lepas isteri menjerit terus bangun urutkan.. Kadang-kadang jadi tengah2 malam. Tahap sakit yang memamg tak boleh tahan dah wooo.. huhu..

Dalam minggu lepas jumpa sedara.. Baru la dia ada ajar macam mana nak elakkan cramp terutama waktu bangun pagi.. Weh selama ni puas google tips untuk elakkan cramp tak de plak orang kasi idea yang bernas ni..

Caranya mudah je.. Kaki akan cramp bila kita cuba stretch kaki kita bila bangun pagi.. Actually its normal untuk semua orang bila bangun pagi akan mengeliat dan stretch kan seluruh badan. So masa mengandung jangan buat ni ye.. Bila sedar tu gerakkan semua anggota perlahan-lahan.. Jangan stretch kan kaki. And it works!. Bila x stretch kan kaki memang tak akan cramp.. Kadang-kadang terlupa pergi stretch kan kaki terusla cramp balik kaki tu.. Tapi bila berhenti cepat je cramp tu akan stop. If I knew this earlier.

So ibu-ibu mengandung sekali, ingat tau masa bangun tido bangun dengan tenang. Gerakkan kaki slow-slow. Lepas tu pijak lantai slow-slow. InsyaAllah dapat mengelakkan masalah cramp ni..

1 comment: