Lusa raya

Salam..

Lusa dah raya. Cepatnya sebulan puasa ni.. Alhamdulillah so far masih berpuasa penuh. Ya memang dibenarkan berbuka bagi wanita mengandung tapi sebab rasa sihat so puasa jela. Hopefully semua selamat. Amin2.. To date adalah almost 18 weeks pregnant.

So, persiapan hari raya tahun ni sederhana jela. Baju mummy ayahnya adala seorang sepasang dua je yang baru. Baju anak memangla berpasang2. Hehehe. Semua beli siap sebab mummy busy kerja tak sempat nak pergi tempah baju. Takpela yang penting untuk anak-anak ready dah for raya.. Harap semua sihat-sihat je nak beraya ni.

Tahun ni beraya di kuantan. Tapi malam raya baru dapat balik kampung. Sedih kan.. Sebabnya my system tak de backup non-muslim. Jadi kenala ambil cuti lepas raya since my colleague ambil cuti sebelum.. Itu pun i kasi dia cuti jumaat dengan harapan dia standby support from house kalau ada issue. Jangan den jugak kena support nanti sudah. Memang den bengang la kan.. Kali ni cuti 4 hari lepas raya walaupun ayahnya cuti sehari je.. Xpe me lepak kampung. Nanti hubby datangla ambil kitorang. The reason memang sejak kahwin ni cuti kejap je for raya. My hubby yang baik hati tu backup everyone so semua ambil kesempatan cuti lama kecuali dia. So kita cuti je sendiri, tak bole diikutkan sangat. I want to spend time dengan my parent jugak.

Ops bebel pulak, Boring sebenarnya kena kerja ni. Bertabahla ardilah. Bersyukurla anda masih ada keje. Till then. Bye.





No comments:

Post a Comment