Baby 3 at 38weeks++

Nak masuk 39 weeks dan and baby masih seronok sangat duduk dalam perut mummy ye.. Alhamdulillah segalanya nampak normal as for now cuma as last week checkup berat baby dah 3kg. Ohh bam bam nya dia sambil nak tunggu keluar ni,.

So far penat sangat dah kerja and memang menanti nak bersalin sebab dah penat and tak larat nak duduk je dekat office ni. Kalau duduk rumah bole la penat duduk, berbaring ke, nap ke kejap.. Dah la kerja ya ampun banyak lagi nak kena settlekan. Mummy cuba bertabah melayan persekitaran kerja ni.

So baby come out la ye. Geng seangkatan awak ramai dah keluar ni. Mari la.. Mummy nak peluk, cium. Apa2 pun harap selamatlah melahirkan dan dipermudahkan urusan kelahiran, pantang dan segala-galanya.. Love you baby #3.

Dilema yang melanda

So here is my situation. Married with 2 kids and currently pregnant no 3. Alhamdulillah syukur nikmat atas rezeki yang Allah berikan. And me and my husband bekerja di investment bank yang memerlukan kami untuk kerja lewat most of the day. 

So here we are, 3 small kids insyaAllah next year. Pergi kerja pukul 7.30am and balik for me pukul 7petang and husband pukul 9malam. Tu pukul rata lah sebab kalau hari2 yang tenang mungkin dapat balik awal. And husband plak on alternate basis kena balik lewat sebab on mutual rotation dengan colleague dia. So yup, me as IT support, basically need to be available 24*7?. But I can always remote in/vpn to do my work walaupun yup agak susah with my kids yang excited nak tengok/nak tekan/nak duduk (comel kan. hahaa. tp bila banyak keje stress gak).. While my husband kerja dia involve kena tunggu market close then some of the job can start. So thats the reason kena balik lewat.

So now staying at rumah tiggi yang memang dekat sangat dengan rumah and we love our house so much and we love our pengasuh so much. Our pengasuh la banyak backup kami sebab kami selalu balik lambat. Semoga dia tetap tabah menjaga anak2/harta kami tu. Memang rasa bergantung betul pada dia. And sejak azim 3 bulan no nak masuk 3 tahun rasanya tak de masalah dengan dia.

Ok, as family member grow. kita pun nak juga rumah yang besar sikit kan. Lagi2 rasa macam nak duduk landed yang selesa yang anak2 bole bermain di tanah. Ok. lets go and find a landed house and alhamdulillah, dh beli dh siap pun. Now dalam phase nak settlekan defect, grill, etc..

Then whats next?. Err location rumah baru adalah tak dekat macam rumah sekarang. Now is 10km, the next house will be 35km from office. Hmm big difference?. yes. Ada pilihan kami boleh naik train direct to office. but still need to drive to train station. Walaupun me and my husband satu office tapi timing balik memang lain most of the days. How about my kids. Tak pernah hantar pada tempat lain selain rumah pengasuh sekarang.  Am so nervous.

Oh now dilema sangat. I want a hijrah for my family and husband agree on that too but we cant figure out arrangement for our kids. We are stuck...

Ok, mari fikir lagi dan lagi dan lagi,,

Lusa raya

Salam..

Lusa dah raya. Cepatnya sebulan puasa ni.. Alhamdulillah so far masih berpuasa penuh. Ya memang dibenarkan berbuka bagi wanita mengandung tapi sebab rasa sihat so puasa jela. Hopefully semua selamat. Amin2.. To date adalah almost 18 weeks pregnant.

So, persiapan hari raya tahun ni sederhana jela. Baju mummy ayahnya adala seorang sepasang dua je yang baru. Baju anak memangla berpasang2. Hehehe. Semua beli siap sebab mummy busy kerja tak sempat nak pergi tempah baju. Takpela yang penting untuk anak-anak ready dah for raya.. Harap semua sihat-sihat je nak beraya ni.

Tahun ni beraya di kuantan. Tapi malam raya baru dapat balik kampung. Sedih kan.. Sebabnya my system tak de backup non-muslim. Jadi kenala ambil cuti lepas raya since my colleague ambil cuti sebelum.. Itu pun i kasi dia cuti jumaat dengan harapan dia standby support from house kalau ada issue. Jangan den jugak kena support nanti sudah. Memang den bengang la kan.. Kali ni cuti 4 hari lepas raya walaupun ayahnya cuti sehari je.. Xpe me lepak kampung. Nanti hubby datangla ambil kitorang. The reason memang sejak kahwin ni cuti kejap je for raya. My hubby yang baik hati tu backup everyone so semua ambil kesempatan cuti lama kecuali dia. So kita cuti je sendiri, tak bole diikutkan sangat. I want to spend time dengan my parent jugak.

Ops bebel pulak, Boring sebenarnya kena kerja ni. Bertabahla ardilah. Bersyukurla anda masih ada keje. Till then. Bye.





April 2016

Hallo blog. Long time no update. I think I need to jot down something dalam blog ni. So far my update.

1. Got job offer from other bank, and I already decline their offer.
2. I'm pregnant no 3.
3. Syukur I'm going to have a new baby (sementara muda), but at the same time overwhelm sangat sebab I just cant plan what next. Should I get a maid, should we move to our new house, and so on.
4. Got a good promotion at office, alhamdulillah.
5. Evening sickness. Pukul 6pm startlah sampai ke maghrib. Muntah. Oh tabahlah
6. Banyak sangat kerja dekat office. Project quit messy dengan PM baru ni. But trying my best here.
7. Kerja rumah memang tak larat nak buat. Most of it hubby yang take over. Really want to hire like weekend maid. Yang bole suruh and settlekan rumah. But so far tak jumpa contact yang berkenan lagi. And takut. Whyla im so scared to hire a maid.
8. Anak-anak sihat alhamdulillah. Tapi biasala toddler, ada challenge tersendiri.. Doing our best here.
9. Buat project baiki tiles dalam bilik. Halfway done. Semoga hasilnya cantik nanti.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. Sesungguhnya Allah perancang yang terbaik sekali.

Welcome 2016

Happy new year 2016.

Ohhh.. time flies.. Now dah masuk new year. Tahun ni akan jejak umur 33 insya Allah. Kalau dulu dengar orang umur 33 rasa so old. Now bila dah sampai dekat diri sendiri feels nothing pun. Hehe. Jiwa memang muda rasanya. Hehehe..

Alhamdulillah untuk kesempatan untuk kehidupan ini. Dengan keluarga, anak2, harta bende, kerjaya dan segala-galanyanyaa.. Yup, memang tak perfect but cukup untuk kami, so thank you Allah once again. Dengan rahmat Allah je kita dapat rasa bahagia. 

So 2015 has been ok and good for me. Affiya Nasuha dilahirkan dalam tahun 2015. Bila tengok dia sekarang, rasa macam baru je mengah2 masa dia dalam perut. Now ya ampun, mek sorang tu boleh tahan kelasakan dia. Nak belajar jalan on her 9mo+. I think dia laju and cepat pickup sebab follow abang dia rapat. So memang bagus sebenarnya anak rapat ni. Dapat tengok progress adik memang laju. 

So should I start making no 3?. Hehehe.. Rasanya sekarang nak mula focus pada 2 anak-anak tu and my career. Yup, now time for me pulak nak excel in my career. Bukanla beranak tu akan buat kita kurang productive. Cuma bila mengadung kita ada banyak commitment like checkup, lepas tu badan penat-penat sikit. Some more my kids masih kecil dua-dua tu so I dont think I can manage. Dengan husband yang kerja dia memang selalu balik lambat tu. So I'm alone handling 2 kids sebelum nak tunggu husband balik dalam pkl 10malam macam tu. So ya, no 3 need to wait.Or sebenarnya i'm grateful sangat-sangat dah untuk 2 orang yang ada sekarang. I want to give the best to them insya Allah dengan izin dan rahmat Allah.

So this year rumah baru akan siap. So nak pindah ke tak. Nak pindah ke tak. Hehehe. Masih dilema melanda. Sekarang dah selesa hantar anak-anak dekat rumah pengasuh tu. So for now tunggu la dulu. 



Main thing is tanah. Penat dah duduk rumah tinggi. Teringin juga nak ada kawasan untuk anak main-main dekat bawah. Should we get a maid?. But maid akan bawa masalah baru tak?. Some more confirm expense family akan bertambah. Maid ni sama macam jaga anak sorang lagi la kan.. Dilema lagi for now. So tunggu and lihat la sampai rumah siap dulu.

So hopefully tahun 2016 ni membawa lebih kebahagian. I'm waiting for a good news in 2016. Semoga Allah izinkan dan permudahkan. Amin.



8mo++ Affiya Nasuha

Hai Affiya Nasuha.. Mummy disini.. Hehehe. Love u so much baby girl. Saje hari ni rasa nak tulis pasal progress Affiya. Mummy too busy nak update progress Affiya.


So in 8 mo Affiya @ Adik Piya dah boleh:

1. Merangkak (masih senget-senget lagi. macam merangkak guna sebelah lutuu, sebelah lagi guna tapak kaki,, lawak.. asyik tukar tukar kaki)
2. Berdiri for few second (achievement unlock). laju compare dengan abang azim. dulu abang azim berdiri masa 9 bulan. Itu pun mummy dah kagum sangat dah.
3. Suka makan bubur nasi yang mummy masak. Macam-macam bubur dah mummy beri. Semua ok. Alhamdulillah, tak memilih makanan adik piya ni.
4. Masih fully breastfeed, alhamdulillah.. tapi..
5. Kadang-kadang datang mood dia tak nak hisap susu botol. Takpe mummy akan cari jalan. Beli lagi botol brand lain
6. Suka senyumm. Agah je senyum.. Tak pun gelak. Sangat cantik.. love you sayang
7. Baik dengan abang azim dia. Suka follow abang azim main apa dia pun nak join. Lepas tu nangis bila abang azim rampas balik mainan yang dia pegang. 
8. Memilih orang. Hanya certain orang je boleh dukung dia. Else dia nangis. Tak peramah sangat macam abang azim. Cuma yang tetap dia nak hanya mummy, ayah n ibu habsah dia. Yang lain sekejap sangat bole pegang.
9. Enzema dia makin ok. Kadang-kadang je naik sikit-sikit dekat pipi. Tapi belakang kepala masih merah-merah
10. Kalau nangis je ngamuk mesti menggaru kepala. Hehehe. Mengantuk pun menggaru kepala. Cara lepas geram kot.
11. Suka makan. Orang makan dia pun nak makan.
12. Nampak je ayah tak sabar nak suruh ayah dukung. Simptom anak-anak manja ayah. Sama macam abang azim. huhu..
13. Ada dua batang gigi bahagian bawah :)

Membesar dengan sihat, hebat dan gembira ya sayang. Love you Affiya.

Perihal anak anak dan keluarga

Haiii..

Tetiba pagi ini rasa nak membebel dekat blog ni. Mengenangkan minggu depan nak celebrate our 3rd marriage anniversary. How time flies.. Dah dikurniakan 2 anak yang super lovely and sangat kami sayangi. Sangat bersyukur ya Allah dengan apa yang ada. Dan sangat berusaha untuk jaga amanah yang Allah berikan pada kami.. 

And next week juga, Azim will turn 2 years old. Abang azim we call him. Hmm dah membesar dengan sihat dan bijak.. Tapi, toddler kan macam biasala, tak mungkin la tak ada perangai yang kadang-kadang menguji kesabaran kami. Oh being a parent kadang-kadang memang kena banyak breath in and out. Oh anak sendiri kenala sabar lebih sikit kan. Tantrum 2 tu memang betul rasanya. Kena banyak tolerate dengan Azim. Lagi cabaran bila ayah dia balik lewat and mummy kena handle 1 toddler and 1 baby alone. Counting time je tunggu ayah balik before mummy bole mandi. Abang azim tu kadang-kadang saje menyakat Affiya tu.

Affiya pulak, dalam phase tak boleh tinggal, Dia nak main, tapi kita kena ada nearby. Haii anak mummy. Now dah masuk 7 bulan lebih. Phase nak merangkak. Memang laju budak kecil itu. Tapi tu la kena hati-hati sebab sekarang ni semua bende dia kutip nak masuk mulut. But she is cute baby. Rasa macam nak marah tak sampai hati. I mean baby girl is different from baby boy kan. Kalau boy kita nak dia jadi tough and everything, but for girl treatment pun berbeza. Ayah dia pun seem soft pada affiya. 

And husband, I know you are trying your best untuk keluarga. Memang bersyukur husband selalu utamakan me and anak-anak. Semoga berkekalan. Tapi kenala beri chance juga kadang-kadang untuk dia buat apa yang dia minat. Once in a while I'm ok je for him nak buat aktivit sukan dia tu. My husband memang sportman. Tapi sejak ada anak kecil ni dia memang banyak slow down dah. Sebab tu badan pun bertambah "sihat". Hahaha. Anyway thanks husband, I love you.

And also, sekarang selalu pergi tengok perkembangan rumah yang kami baru beli dekat Klang tu. Love that area sebab mostly melayu yang beli. Memang kawasan yang best untuk kami besarkan anak-anak insyaAllah. Sepatutnya serah kunci mid of 2016. Tapi maybe kami tak kan duduk dulu. Sayang our house now. 15minit je ke office. Kalau Klang, then we need 1 hour to travel to office. So maybe sewakan je la dulu rumah dekat Klang tu. Dalam 3,4 tahun lagi baru duduk sana. See how la.

Other than that, semua seems berjalan lancar alhamdulillah. 

Oh ya Allah, jadikan hambamu ini hamba yang bersyukur. Murahkan rezeki kami ya Allah..

Buatkan diri kami hamba yang sentitasa berasa lebih dengan apa yang dimiliki ya Allah. 

Amin.

Year of 2015 Update

Hai... Assalamualaikum..

Dah masuk Q4 of 2015. Cepatnya masa berlalu tahun ni. And tak ada kesempatan nak update blog pun. Well can blame instagram sebab I update everything in my insta. Not too many follower compare to FB and much more privacy for me. 

Affiya Nasuha dah 6 month++. Alhamdulillah, sihat anak mummy sorang tu. And suka tersenyum. Agah je senyum. But hanya oleh orang yang dia kenal. Sebab this girl memilih sikit. Orang lain boleh pegang kejap-kejap je. Tak macam abang azim dia yang peramah je dengan semua orang. And abang azim pun alhamdulillah sihat. Dah nak mula bercakap. Banyak dah word dia pickup. Tapi kadang-kadang membebel dalam bahasa dia lah. Mummy iye kan ajelah.. Love u anak-anak mummy :)

And kerjaya wise, hmmm.. Ok tahun ni memang ramai sangat kawan-kawan and bos resign. I is sad. Sedih sebab dah tak sama environment. This year agak mencaabar untuk company kami. For me, I will stay tapi tengokla if ada peluang datang depan mata, then I will grab it. And sekarang memang busy dengan project. Syukur, I love doing project. Makcik dah pencen dengan programming. I LOVE programming tapi cukuplah tu. It's time for me to challenge myself to do something different than my  area of expertise. 

That is all for now.


Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah dah selamat bersalin baby girl, 3.31kg at UMSC on 16 March 2015 (Overdue 2 hari). Perasaan sekarang? Sangat sangat happy dah jadi mother of two pada Muhammad Azim Dasuki dan latest addition, Affiya Nasuha.. :)

So my overdue story memang tragis jugak la..Menanti harti demi hari untuk bersalin sampai la ke tarikh EDD but still no sign. Oh masa tu memang phase agak panik and takut sebab doktor cakap akan induce if +8 tak bersalin lagi. Masa tu memang doa banyak2 semoga segalanya normal dan dipermudahkan untuk me and my baby girl.

So malam ahad tu dah set dalam mind, I need to go to work again on next morning. Sangat sedih ok sebab memang tak larat sangat nak kerja and fikir pasal kerja lagi. But still keep praying semoga selamat semuanya.. Akhirnya pagi isnin on 5am, tiba2 tersedar. Bila duduk je kat katil, terus rasa bushhh air keluar. Dari pembacaan memang dah agak ni mesti air ketuban. Macam happy gak sebab dah ada sign nak beranak. Terus lari ke bilik air. Tak sempat basah la katil, cuma kain batik je basah. So lepak dalam toilet dulu untuk digest. Lepas tu keluar lagi bushh.. Kuantiti dia tak la banyak sampai banjir, tapi boleh perasan la air tu keluar.

Terus panggil hubby cakap air ketuban dah keluar ni. Dia relak je. Tanya dah nak pergi hospital dah ke. Ok, I pun relak lagi masa ni. Cakap kat husband kita keluar pukul 7 lah, Hantar azim terus. Mandi, solat and air masih keluar sikit2. And dah mula rasa sakit. Macam risau pulak sebab tak ada pengalaman air ketuban keluar dulu ni. Last2 pukul 6lbh dah keluar rumah. Call pengasuh cakap nak hantar anak awal sikit sebab nak beranak. Then terus pergi cari breakfast dulu sebab tau nak kena ada energy untuk meneran nanti.. So off to mamak. Dekat mamak makan tak ingat. 2 biji telur tiga suku masak, nasi goreng and milo ais. Main telan je sebab tau I need the energy. Sampai makan sambil tahan sakit. Sakit dah datang every 5 minit tapi still boleh tahan la sakitnya..

Pukul 7 lbh sampai UMSC. Jumpa nurse cakap saya nak beranak ni, air ketuban dah pecah. Teruslah kena admit kan. Straight to labor room. Pukul 9 doctor datang and teruslah check bukaan. 5cm. Terus tanya doctor boleh tak nak ambil epi. Ampun, saya takut sakit. So doctor cakap sempat lagi. Tak lama lepas tu doctor lain datang and beri epi. Terus sakit hilang. Senyum.. Dalam pukul 12, parent from kuantan pulak datang. Lepas je salam2 diorang, terus rasa macam dah rasa kena teran. Bila pakai epi, kita memang tak sakit tapi bila dekat hujung2 tu dah boleh rasa dia punya sting tu. Susah nak describe. So doctor datang check dah fully dilated. Ready to push.

Alhamdulillah, masa tu baru lepas azan zohor, pukul 1.38pm, baby Affiya Nasuha selamat dilahirkan. Dipermudahkan urusan bersalin. Affiya keluar2 je terus buka mata and nangis. Dia macam tembam sangat masa keluar, Macam tak percaya baby dah keluar dari perut masa tu. Happy sangat2 :)


Baby Affiya and mummy. Ni dalam labor room lagi ni. Nurse suruh rest dulu before tolak to ward

Baby Affiya Nasuha, 3.31kg (16 March 2015)

39 weeks ++

Oh ya Allah. Lamanya dah rasanya aku mengandung ni. Hehehe.. And situasi hari ni. Sihat sejahtera as if memang lambat lagi nak beranak. Hahaha.

Ok nampak je gelak tapi hati ni. Tertanya-tanya bilalah nak beranak. Bilalah dapat jumpa anak perempuan mummy ni. Ok ke tak baby duduk dalam perut mummy tu. The big concern is hoping baby adalah selamat sejahtera sehinggalah selamat keluar dari perut mummy and lahir sihat sempurna segala-galanya. Apa lagi doa seorang mummy kan..

Sekarang ni phase me merajuk dengan semua orang. Janganla tanya kenapa baby tak keluar lagi. I dont have the answer for that. Kun fa ya kun. Dah Allah tak izinkan lagi so me, hubby, family tunggu jelah. And wait for the doctor update on tomorrow checkup. Selalunya kalau nak dekat bersalin kita akan rasa sakit2 kan, but this time nothing. Rasa sihat sejahtera sangat2 ni. Sedangkan due date adalah lagi 5 hari. Oh ya Allah, sangat berharap janganlah overdue dan janganlah sampai kena induce or anything that lead to something scary  T______T

I adalah sangat takut sebenarnya. Takut sakit nak bersalin dah satu hal. Ni takut overdue plak. Oh Allah permudahkan lah urusan hambamu ini. Kesian pada orang sekeliling. Dah rasa diri ni menyusahkan diorang je.. T_____T

Ops lupa nak update, on 38 weeks checkup doctor cakap kepala baby dah turun and dah ada bukaan 2cm. Doctor cakap maybe bersalin dalam waktu terdekat. But nampaknya belum masanya lagi. Oh sabarlah.


39 weeks ++

The false alarm

The false alarm. Again. Sama je macam nak beranakkan Azim dulu..

Last friday, satu cerita yang lawak tak lawak happen. Ok during lunch hour on that friday, pergi uruskan hal claim kwsp for our new house. Alhamdulillah, semua dah settle. Tinggal nak keluarkan duit from kwsp je. Niatnya nak masukkan duit tu dalam asb je sementara tunggu rumah siap..

So husband pergi solat jumaat and I pergila sorang2 urusakan hal di kwsp jalan raja laut tu. So tengah hari tu memangla tersangat panas kan. Memang parking belakang kwsp tapi kena jalan jugakla sikit kan ke bangunan tu. Bila dah settle jalan pulak ke bangunan hq cimb yang selang 1 blok from kwsp for lunch. Situ best sikit lunch sebab jumaat tak ramai and paling penting ada aircond.

So lepakla tunggu husband dengan cafe tu. Dah mula rasa very mid contraction. So dalam hati fikir, maybe sebab jalan banyak sangat so okla sakit sikit2. Tapi ini memang berbeza dengan sakit biasa. Sebab sakit dia start dari lenguh pinggang tarik ke perutt.. and lasted for 10-20 second macam tu.. So ignore lagi. Tapi dalam masa tu jeling2 jugak jam sebab nak time masa mild contraction tu.

Pukul 3 selamat sampai office. Cakap dengan husband macam sakit perut je ni.. And memang consisten every 10 minute. Tapi skala sakit tu masa tu dalam 2/10. So boleh tahan lagi.. Masuk office, sakit berterusan. Setiap 10 minutes je contraction datang. Cuka fikir ni tanda nak beranak ke. Masa azim dulu keluar tanda coklat macam gam tu. So bolehla detect terus simtom nak beranak. Yang ni cuma contraction je setiap 10 minit. Masa tu sakit dh bertambah to 4/10 la skala dia. So start asking around kawan2 office. Diorang cakap memang kadang2 tak keluar tanda, Just contraction. Semua suggest suruh balik. Decide tunggu lgi sejam untuk monitor. Pukul 4 lebih masih lagi contraction tetap every 10 minit. Ok no tak boleh jadi, Terus call husband ajak balik. Takut terberanak or terpecah ketuban dekat office. Segan plak nanti.

So balikla kami dari office. Lepas tu fikir nak pergi hospital ke tak. Sakit ni memang consisten je masa tu. Cakap dengan husband pergi makan2 dlu la nearby hospital sebab nak make sure betul2 ke sakit nak beranak ni. Minta dikma pergi ambil Azim dari rumah pengasuh petang tu. So pergi la makan2 and jalan2 dekat jaya grocer berdekatan dengan umsc tu.. And sakit masih consisten. Contraction dah sampai 5/10. Memang dah berpeluh2 dalam shopping mall tu tahan contraction. Cakap dengan husband oklah, memang kena pergi hospital ni. Terus rasa cuak.. Masuk je kereta nak gerak ke hospital, tiba2 rasa macam contraction dah slow. Tak berpeluh2 dah. Sampai je hospital yillek, tarrak. Not even 1 contraction dalam masa 20minit duduk lepak dekat parking hospital tu.. Hoihhh sedih.. Dah kenapa plak ni. Sakit biasa2 je, tak progressive and consistent. 

Hmm nak tunggu apa lagi dekat hospital. Tak mau warded kalau tak nak beranak lagi. Lagipun tak de pecah air ketuban or keluar darah lagi pun. So balikla semula ke rumah. Sedihhh. Sebab macam dah tak sabar nak beranak jugak sebenarnya. Adakah baby macam mummy dia. Pergi hospital terus sihat.. Aduh nampaknya baby suka sangat lepak dalam perut mummy lagi. Tak ready nak keluar lagi..

Sepanjang weekend tunggu jugak contraction datang lagi tapi cuma ada mild contraction je. And tak tetap. Sabar jelah kan. Dah ini takdirnya. 

Baby, mummy sabar menunggu. Tapi mummy dah penat sangat kerja. So maybe akan ambil mc je lepas jumpa doktor on next checkup. 

37 weeks ++

Alhamdulillah.. Good milestone. Insya Allah dah selamat untuk lahirkan baby #2.

Ohh sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa. Just sekarang ni rasa tak larat sangat nak kerja.. Betul2 rasa nak rehat je.. Oh baby.. marilah kita. Mummy dah ready.. Rasa macam tak sabar nk rehat je rasanyaa.. Rasa macam nak apply cuti je sementara tunggu untuk bersalin. Otak dah freeze nak fikir banyak2..

Pentanda? Last week checkup, doktor cakap kepala baby dah turun ke bawah.. Lega sangat-sangat sebenarnya. Hopefully progressing lah hendaknya. Sebab mummy dah tak larat nak pergi kerja ni..

Tanda-tanda lain memangla kadang2 sakit perut tapi still false alarm sebab tak progressive sakit tu. Kadang2 cibir tapi lepas tu stop.. Tanda2 lain tak ada lagi kot.. Adakah lambat lagi. omg kena cari semangat nak kerja nampaknya (ada semangat lagi ke?)....

Macam mana pun harap adik baby dilahirkan dengan selamat and urusan bersalin dipermudahkan dan normal segala-galanyaa.. Am hoping for smooth delivery and recovery, amin.

35 weeks ++

Alhamdulillah..Dah sampai 35w++. Oh how time flies kan. Pregnancy kali ni memang agak pantas. Mungkin sebab memang sangat busy dengan kerja and of course busy dengan anak lelaki kesayangan mummy sorang tu (Azim, I love you so much ok).

And now we are in the middle of processing the purchase of our new house.. Tunggu lawyer untuk prepare SNP and if no issue, boleh la sign. Hope semua settle before I beranak. Kali ni memang buat big decision dalam beli property. Sebabnya, I pakai staff loan ye. Hahaa. Memang tak sangka akan ambil this step. Sebabnya setelah berkali2 kira and fikir, memang beza jauh staff loan and loan dari bank luar.. I can save almost 300-400 per month. Err macam rugi je tak pakai kan sementara masih kerja disini. And of course, if one day dapat peluang kerja yang lebih baik, I can always refinance. No issue on that.

Ok sebenarnya dah tak sabar nak beranak. Sebab?. kerja banyak sangat kau.. Nak sangat new challenge kan.. Sekarang you get what you want lah.. Hehe. Apa2 pun am very grateful dah tukar team ni. Banyak sangat belajar bende baru and my teammate memang awesome! Alhamdulillah. Hope all went well for my career. Amin-amin.

Eh busy cerita pasal bende lain pulak kan. Actually nak cerita pasal pregnancy. Hehee. 

And barang-barang baby alhamdulillah dah settle. Even bag hospital pun dah ready dalam kereta. In case kena gerak ke hospital dengan pantas kan. Baby banyak inherit barang abang Azim, tapi mummy memang selective, dont worry. Yang elok je mummy pass down. Because I love you so much too baby girl. You know that we're going to spoil you with girly stuff. So dont worry ok. Sekarang ni pun semua barang pink je mummy and ayah belikan.. :)

And semoga urusan beranak kali ni dipermudahkan.. Amin-amin..

New year 2015

Alhamdulillah, masih diberikan umur untuk masuk ke tahun 2015. Syukur ya Allah atas segalanya2nya.. Keluarga, kesihatan, kewangan, dan semuanya.. 

Setakat ni 2015 telah membawa banyak sangat berita gembira. Semoga Allah beri kebaikan dan gembirakan hati ku, family ku, semua kawan-kawan ku and semua umat islam di dunia ni. Banyak yang berubah sempena 2015.

1. Berjaya booking rumah (baru booking, loan tak approve lagi, hehe) yang akhirnya berkenan di hati ni. Setahun ok round kl, selangor and cari landed property. And rumah tu still under construction and expect to be ready on May 2016. Semoga dipermudahkan urusan mendapatkan loan ni.

2. Finally dah tukar team. One of my mission for 2015 adalah nak tukar my career path. Alhamdulillah Allah perkenankan doa aku. Still report to the same bos, cuma tuka portfolio. Join new project. Seems very interesting and sekarang dah mula study about the new system. Best. I love the feeling bila dapat belajar bende baru. Semoga dipermudahkan lah urusan aku dalam team and semoga tambah success lagi. Amin,

3. Pregnancy now dah masuk 30weeks++. Expected 8 minggu lagi bersalin la diriku, insya Allah. Setakat ni kesihatan baik. Syukur sangat sangat. Hope baby girl dilahirkan dengan selamat, sihat segalanya.. Amin amin..

Next, just focus untuk career and family. I just want to be happy. That is all. Amin amin..

My 2015 wishlist

Dah lama tak menulis wishlist untuk tahun baru. Kind of cita-cita and harapan untuk tahun 2015.

Family
1. Harap baby girl dilahirkan dengan selamat, sihat sejahtera and comels forever.
2. Harap Azim Dasuki membesar dengan sihat dan sempurna and jadi good boy yang clever.
3. Harap husband semakin berjaya dalam career dia.
4. Harap dapat jumpa good maid untuk jaga anak-anak.

Myself
1. Harap berjaya kuruskan badan semula like masa bujang, Nak pakai baju size M.
2. Fit and jadi mummy yang cemerlang untuk Azim Dasuki and baby girl.
3. Jadi isteri yang baik untuk En Din. Been neglecting him since ada anak ni.
4. Jadi anak yang lebih baik untuk both parent and in laws.
5. Change my career path. Yes, its either with current company or find other job.

Financial
1. Debt free for 2015

Itu je. Simple kan. Hope berjaya. Amin.


26 weeks ++

So sorry baby, mummy jarang blog about my pregnancy journey with you. Because it was smooth, alhamdulillah, and I dont want to complain for anythinng. Semoga Allah permudahkan and baby lahir dengan sihat dan sempurna. Amin amin amin..

So now dah 26 weeks ++. Mummy dah mula rasa mengah.. Ya, my tummy membesar dengan agak cepat rasanya kali ni. Tapi different with abang azim, kali ni perut je banyak membesar.. I dont look sembap like pregnant with abang Azim dulu.

Since dah semakin berat sekarang ni, memang tak larat nak jalan jauh-jauh sangat. Nak pergi lunch at kl sentral tu pun dah rasa seksa, inikan pula nak ke Nu sentral. Walaupun hati tu memang rasa suka sangat berjalan2 ni tapi kena terima yang badan tak leh dipaksa sangat. Have to start my slow walk. 

Kali ni pregnant baby ni memang different dengan Azim. Mummynya sangat suka la melawa ye. Pakai lipstik merah2. Baju nak cantik. Mekap selalu. Kalau mengandung azim dlu, ya ampun, selekeh abis lah. And people around me pun notice about it, yang aku suka melawa. Hheehe.. And kali ni suka bau yang wangi-wangi and bende yang cantik-cantik. Dulu masa pregnant abang azim, ayah pakai perfume pun mummy marah.. :)

Things change. Apa2 pun mummy harap baby selamat dalam perut mummy. And bila dah 38 week++, baby keluar dengan selamat, insya Allah. 


My 5th anniversary with this company

Genap 1/12/2014, mark my 5 year working with my current company. Perasaan?. Bercampur baur. Ada love hate moody so-so feeling with this company.. Hahhaa. Reason.. Terlalu banyak sampai tak tertulis okeh..

Overall, am still grateful sebab ada kerja.. And good position for now. good prospect for now. good benefit for now. good friend for now. so call good environment for now. good bonus for now. so-so increment for now. so-so future prospect for now. 

But.. Siapa yang truly happy with their work kan.. As my friend was saying, even makcik buat air is unhappy with her work. Penat, banyak kerja, tak ada rehat.. Hahaha. Memang statement yang paling aku tak boleh lupa.. 

Selagi rezeki masih disini, I will still continue my journey here. As long as my boss give me good career path, I will still be here.. And as long as am truly happy with my bonus and increment, I will still be here.. 

But. again. If I need to be better in my career. If I want to focus on my family. I will find better career. 1 day. If Allah let me. If ada rezeki for me and my family.

At the end of the day, I want a career not a job (If you know what I mean).

Till then.


Our dilemma

Pencarian rumah yang tak berhabisan.. hehehe.. Actually sejak azim lahir kami dah mula fikir nak start cari landed property plak. Rumah sekarang memang sangat best in term of accessibility and nak pergi kerja.. Pergi keje 10-15minit je driving. memang heaven. Totally different dengan dulu masa duduk rumah lama di sk yang driving 1-2 hour untuk pergi/balik keje. Imagine my stress free bila dah kahwin and pindah masuk rumah husband..

Tapi we have to admit. Our family member nak semakin bertambah. Sekarang duduk dekat condo with 3 and 1/2 room tapi bilik agak kecil semuanya.. And my house memang selalu terima tetamu. Mak, ayah and adik beradik selalu datang tido kat rumah. Ini semua sebab diorg nak tengok cucu la. So sejak azim ada lebihla kerapa saudara mara my side and hub's side datang. Kitorg memamg welcome and suka sangat bila ramai datang rumah. Tapi tulah kadang2 rasa macam condo tu dah tak muat. We need bigger space for our family. So semua orang selesa je..

Tapi back to the question, Nak mudah pergi kerja and tak nak stress drive 2,3 jam untuk pergi kerja. And kitorang tersangatlah sayang rumah condo now and tak nak jual walaupun nak beli rumah baru. So our budget adalah agak limited. And landed nowadays,.. ayoyo.. The cheapest you can find in Klang valley is 500k++..

And ada satu lagi isu. Isu kitoang nak beli rumah dulu tapi tak bersedia nak pindah or duduk jauh lagi. Maybe dalam 2,3 tahun lagi baru ready kot. So kena cari project yang baru launch. And memang Klang valley ni dah habis tanah kot. Tinggal banyak nak develop baru di Shah alam, klang, puncak alam, rawang, bandar tasik puteri.. And harga masing2 plak tak ingattt.. Semua developer berebut buat rumah harga mahal sebab nak untung banyak.. Dilemma,,

So sekarang ni keep looking je and sentiasa update dengan info2 pasal rumah ni.. Hopefully one day, kami akan jumpa our dream house. Ops tak boleh la lama2 sangat nanti makin mahal kan... Amin. Keep praying.

Baby no 2 is on the way

Ye, as my post title, we are expecting our 2nd baby. Yay, alhamdulillah. Syukur ya Allah atas nikmat yang diberikan.. Yes, we do not plan for this, kind of berserah and terima if rezeki sampai awal. And betul, memang terkejut it came this early.. Hehee.. But syukur..

Ok, start tau im pregnant masa fasting month. Masa tu i have this cramp at my b**bs and stomach ache like period pain. Masa tu dah cuak. Eh, this is the same symptom i felt during my first pregnancy with Azim. Ok cool lagi. Tak check pun since Azim masa tu like 7 month kot.. So my period memang dah start datang after Azim 4 bulan.. So waiting for my period to come, and still nothing.. And bende paling pelik!. Azim start to refuse direct feeding. Yes, im still breastfeed Azim at that time. Dia punya menangis when I try to feed him is like kena smack. Ok, weird.. So instict said, I should go test. Lucky azim memang minum susu formula dah masa tu since my stock memang dh kurang..

So esoknya, during office hour (xmenyempat), tterus beli pregnancy test kit tu and test dekat office. Ok lawak, x sempat balik rumah.. hahaha. I was late for 2 weeks masa tu.. And jeng2, clear 2 line. Macam terbeliak gak mata tapi memang dh expect result macam tu.. Terus whatsapp pic test tu pada my husband. He ask me, eh this is new ke.. And I said yes yes and yes....

So my husband first word was Alhamdulillah,, dia gelak.. Rezeki.. Kami terima.. Yes memang azim masih kecil lagi but we want him to have friend to play with. And my mission memang nak beranak dulu and then I can concentrate on my career. So alhamdulillah.. 

And now I am on my 19th week if pregnancy. Alhamdulillah sangat, this time it is an easy and smooth pregnancy for me. Now I can enjoy eating and still can take care of Azim even though I am pregnant, Tak tahu macam mana happynya myself sebab Im fit during pregnancy. Allah permudahkan since I have Azim to take care of.. Syukur...

Doa semoga selamat and dipermudahkanla sehingga kelahiran adik baby. Adik baby, see you next year and grow strong ok, Mummy and ayah and abang Azim cant wait to see you. We love you so much.. :)

Life

Harini rasa nak menulis pasal life pulak lah.. Hehe.. Terdetik macam tu. Bende random and maybe akan berterabur tulisan ni.. Tapi okla my blog ni hanya untuk tatapan diri sendiri. Bukan ada reader so oklah nak membebel sikit2 kan :)

Sekarang ni macam2 jadi.. Di sekeliling me la.. Sad news about MH, Gaza, boycott, dll. And bila buka je social media nampak ramai sangat orang suka berperang atas talian. Yang ko pergi baca tu kenapa. hehe. kadang2 hiburan, tapi kadang2 sampai teremo plak baca tulisan2 orang ni.. Ya Allah kadang2 tak padan dengan rupa tapi bila mencaci orang. Masya Allah,.. Takut..

All this buat diri sendiri terfikir.. Macam mana la zaman anak-anakku nanti. Bagaimanakah social media ni akan mempengaruhi mereka. Adakah mampu nak didik anak supaya jadi manusia yang baik, tak mencaci orang. Banyaknya dugaan zaman sekarang ni. Aku takut.. Harapan nak tengok penyambung zuriat jadi insan berguna dan baik dunia akhirat. 

Itu belum lagi yang gunakan social media untuk bergaduh, perli memerli sesama ipar, mertua, cousins, jiran.. Semua aku dah pernah tengok.. And of course over sharing like semua bende dalam kain nak cerita, semua harta dunia nak share. I mean please dont overshare it. Bende ni boleh timbulkan sakit hati, riak, benci membenci. 

Mungkin kadang-kadang kita ni manusia bila terlalu happy jadi lupa diri. Harap sangat diri tak sampai ke tahap tu. Istiqomah. Jangan lupa diri. 

And tak dapat dinafikan, kadang-kadang sendiri pun buat kesilapan. Sad. I am weak.. :( Terikut-ikut dengan orang.

Tapi keep ingatkan diri. Dunia hanya sementara. Astarghfirullah halazim....